Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1438H | ABAM KIE : Man of The House


Wednesday, 5 July 2017

Home » » Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1438H

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1438H

Sebelum keluar beraya kena ambil gambar dulu sebagai kenangan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, Abam Kie ucapkan kepada semua pembaca blog yang suam2 kuku ini. Jadi macamana raya thn ni? Bagi abam kie semangat raya tu semakin pudar seiring dengan penambahan usia. Bagi abam kie la, raya ini bertujuan untuk menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa. Iyalah kan, setelah sebulan berpuasa mestilah nak meraikannya dengan menziarahi keluarga dan pusara ahli keluarga yang telah pergi, menikmati juadah dan minuman yg lazat2, bersedekah duit raya dan sebagainya. Cuma yg tak tahan ialah kesesakan jalanraya pada musim perayaan ni. Kalau bukan jem bukan raya namanya! Dimaklumkan aliran trafik tertinggi di Malaysia ialah di Kelantan sepanjang musim raya ni. Hebatkan? Pasal tu la abam kie pi berjalan2 ke rumah terdekat dan ahli keluarga dan sedara mara terdekat je. Kalau tak, makan jem sampai muntah hijau la dalam kereta tu! Hehehehe.

Baiklah, mcm biasa, abe kie nak citer pengalaman raya pada tahun ni. Pada hari pertama raya tu mcm biasalah abe kie dan isteri pi solat raya di masjid besar Tanah Merah. Kami naik motor je sebab x nak terhegeh2 mencari parking kereta. Punyalah ramai jemaah nak solat raya sampai abe kie solat pun dlm keadaan tersepit! Sabar je la. Usai solat raya kami bersama anak bongsu pergi ke Pasir Mas untuk menziarahi kaum keluarga sebelah isteri. Macam2 benda kami makan tp abe kie cuba sikit2 je la. Mana mampu perut ni nak telan semua. Pada hari tu kami sampai ke rumah hampir jam 10 malam. Huh! Tu pun mujurlah rumah terakhir tu x de tuan. Selamat...

Pada hari kedua kami balik beraya ke kampung abe kie di Machang pula. Kakak2 yg dok di Terengganu dan Selangor balik pada hari kedua sebab tu la kami pun buat benda yg sama. Baru la boleh berjumpa mrka. Kami bertolak pd jam 10 pagi. Masa tu belum jem lagi. Lawatan raya di kg abe kie bermula di umah arwah pakcik dan berakhir di umah kak ngah sebab umah dia di hujung kampung. Bila sampai di umah dia tu maksudnya ziarah kami selesai. 

Dari kiri: Zuki Zain (Guru Kimia), Wan Ruslan (Guru Matematik) dan Zuki Deen (English Teacher)

Pada raya ketiga abe kie dan kak ton buat makan2 sikit bagi meraikan kaum keluarga, anak murid dan sahabat. Kami menyajikan mihun sup, nasi himpit, kuah kacang, sayur lodeh, soto, rendang, lemang dan aneka biskut raya. Kebetulan rezeki lebih, maka abe kie bagi la duit raya kpd anak2 murid di tingkatan 4 dan 5 tu. Kanak2 meme la buleh gak! Oh! Ya... kawan2 masa Sek Men Sains Machang dulu pun ada dtg. Dah 27 thn kami tamat sekolah namun tali silaturahim tu tetap utuh. Foto di atas tu kawan2 sebaya lah tu. Kini kami dah 44 tahun. Tua dah kan? Acara rumah terbuka sebelah tu tamat sebelum Maghrib dan kami mengemas mana yg patut. Tapi tak begitu sebab selepas solat Maghrib tu tetiba ada lagi tetamu dtg! Terpaksa terima lah kan? Tak baik halau orang nak beraya, OK?

Pada raya ke4 dan 5 abe kie dan kak ton kena pi rumah abang ipar di Pasir Mas sebab dia mengadakan kenduri kahwin anak sulungnya. Besar tul majlis ni! Tumbang 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing. Letih gak la berulang ke sana selama 2 hari. 

Pada raya ke6 ni abe kie dah mula puasa 6. Sengaja pilih hujung minggu sebab tak nak mengantuk dan keletihan di sekolah. In Shaa Allah segala ibadat kita semasa Ramadan dan Syawal ini akan diterima oleh Allah. Aamiin.

14 comments:

this ni3za said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Abam Kie & Family.... =)

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah
selamat hari raya

Lea Azleeya said...

Selamat hari raya abam kie.. :)

Normi Nieza said...

a.kie buat open house xajak..haha.. selamat hari raya a.kie..:)

Noor Azlan said...

Selamat Hari Raya Abam Kie....

shaiful said...

Nampak dah kurus Abe Kie..

Husniey Husain said...

Alhamdulilah habis sudah berpuasa, betul tu sekadar menyambut kemenangan berpuasa sebulan.. Selamat Hari Raya buat Abam Kie dan keluarga :)

mamapp said...

Selamat hariraya Abam kie Dan selamat berpuasa 6

Mrs Velentine said...

selamat hari raya abam kie

Wan Syahida Kahar said...

Meriahnya beraya di Kelantan! Selamat Hari Raya Abam.

Muhammad Khairuddin Lim said...

Selamat hari raya

Azwar Syuhada said...

Selamat Hari Raya!

Norly Anna said...

selamat hari raya :)

lokman amirul said...

selamat hari raya abam kie

;