Assalamualaikum. Kawan2 pernah ke menerima panggilan tak diundang drp telemarketer yang ingin menjual produk syarikat mereka? Tentu pernah kan? Bila kita mendaftar untuk perkhidmatan bank, telekomunikasi, insuran dan sebagainya, secara langsung data peribadi kita seperti no telefon akan dijual kepada pihak2 ketiga untuk menjual produk mereka kepada kita. Biarpun sudah ada akta perlindungan data peribadi namun data peribadi kita masih dijual kepada pihak2 yg tidak bertanggungjawab ini oleh pihak bank contohnya. 

Kalau 10 tahun dulu memang telemarketers ini bermaharajalela menelefon kita golongan pertengahan. Mana mungkin mereka menelefon penduduk kampung yang bertani dan menoreh getah kan? Mana la mereka mampu nak beli insuran atau holiday card tu kan? 

Baiklah, sekarang ni abe kie mahu menceritakan pengalaman abam kie diganggu oleh telemarketer perempuan. Pada satu hari dia ada call abe kie. Masa tu abe kie tengah makan jadi dia minta nak telefon balik. Keesokan harinya dia call lagi masa abam kie tengah menanda kertas jawapan pelajar2. Abe Kie kata saya tengah sibuk ni tapi dia berkeras nak promosi takafulnya tu. Abe Kie dah dapat agak pun apa benda yg dia nak jual. Dia mendakwa abe kie ni pelanggan bertuah dari bank XXX jadi dia ada produk takaful nak jual. Tapi setahu abam kie bank xxx tu x de jual produk takaful pun?

Lalu abe kie bagi alasan abe kie dah beli produk takaful untuk seluruh keluarga jadi kami x ada bajet untuk membeli takaful kedua. Tapi minah tu berkeras nak promosi takaful tu. Nak kena dia nih! Lalu abe kie pasang speaker HP dan kasi dia cakap sorang. Abe kie buat diam je. Tak kata apa-apa. Selepas dua minat bercakap dia perasan yang abe kie tak bagi response. Siap dia panggil nama abe kie. Saja je nak dengar suara dia merayu. Hehehehe. Pas tu terus abe kie tutup HP. Baru padan muka!

Tak lama kemudian dia call balik tapi abe kie cuma accept call tu tapi x bercakap pun dengan dia. Last2 dia menyerah kalah. Abe Kie pulak 'block' no pejabat telemarketing tu. Bila abe kie pos status di FB tentang kejadiah ni, kawan blogger iaitu Yeop Mazz menyuruh abe kie download apps 'True Caller' di Play Store sebab ia boleh mengesan identiti pemanggil tu. Bila abe kie download dan install apps tu ternyata no telemarketer tu dari Alliance Insurance dan CIMB Insurance? Terkejut seketika. Now I know.

Jadi kawan2 bila dapat panggilan daripada telemarketer macam tu ada baiknya jawab dan bagitahu yang kawan2 tengah mandi ke apa. Atau pun kata saya tengah gali kubur ni untuk awak. Huh....kita tunggu apa dia jawab. Ada bran?