Double bonus! Satu hadiah hari guru dan satu lagi hari lahir!

Assalamualaikum. Diam tak diam abam kie sudah mencecah usia 44 tahun pada 19 Mei 2017 lalu. Sekejap je masa berlalu! Rasanya baru semalam abam kie bersunat, kan? Hahaha... Mengaku sajalah diri tu dah tua. Rambut yang hitam pun sudah bertukar menjadi putih.

Seperti biasa Mei ialah bulan yang paling istimewa di dalam hidup abam kie kerana menyambut dua hari 'kebesaran' selang tiga hari iaitu Hari Guru dan Hari Lahir. Jadi lepas ni tak payah bagitahu la bila birthday abam kie. Pandai2 lah korang nak wish ke, nak bagi hadiah ke, nak ngorat abam kie ke? Betul tak?

Pada hari guru yang lepas abam kie adalah menerima sedikit hadiah daripada pelajar-pelajar. X banyak mana pun sebab tabiat budak2 sekolah menengah ni x suka bagi hadiah kepada guru2 mereka. Lainlah di sekolah rendah. Kadang2 anak2 tu menangis jika ibubapa x nak keluar shopping belikan hadiah buat guru2 mereka. 

Pada malam sambutan hari lahir abam kie yg ke 44 tempohari kami cuma makan KFC di rumah aje. Bukannya apa. Kalau keluar makan pasti perbelanjaan meningkat sikit. Pada mulanya nak gi makan chicken chop tapi restoran makanan barat tu tutup pada malam berkenaan. 

Semoga bila mencecah usia 44 ini abam kie akan berubah ke arah kebaikan, lebih rajin mengerjakan ibadah dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Aamiin..