Tetamu ialah orang yang datang menziarahi ke rumah orang lain. Sebagai tetamu, kita perlu menjaga tingkah laku dan adab sopan. Berikut adalah tingkah-laku yang perlu dilakukan oleh tetamu apabila menziarahi rumah saudara-mara, jiran dan rakan-taulan. Semoga ianya bermanfaat.

* memilih waktu yang sesuai untuk mengunjungi rumah kawan atau sanak saudara
* sebaik-baiknya bawalah buah tangan untuk mereka
* ucapkan salam sebelum masuk
* bersalamlah dengan semua isi rumah dan bertanyakan khabar
* bercakaplah dengan suara yang lembut dan bersopan santun
* bongkokkan sedikit badan jika lalu di hadapan orang lain sebelum duduk
* duduklah dengan tertib dan bersopan
* hormatlah kepada tuan rumah dan ahli keluarganya
* jangan membuat bising atau ketawa dengan kuat
* makan dan minum dengan sopan
* jangan rosakkan barang-barang kepunyaan tuan rumah
* elakkan bertandang terlalu lama kerana mungkin akan mengganggu tuan rumah

Semoga panduan yang abam kie kongsi ini memberikan manfaat kepada kita semua terutama sekali apabila berkunjung ke rumah terbuka kawan2 pada Aidil Fitri nanti.