Melanggan prabayar OneXox untuk anak | ABAM KIE : Man of The House


Friday, 14 April 2017

Home » » Melanggan prabayar OneXox untuk anak

Melanggan prabayar OneXox untuk anak


Assalamualaikum. Anak2 abam kie semuanya pakai handphone. Tapi ada satu masalah bila anak2 guna hp ni. Mereka jarang buat panggilan atau sms. Kredit ada tapi tak boleh guna sebab sudah tamat tempoh aktif. Lama-kelamaan talian tu akan expired. Betul tak?

Jadi untuk mengatasi masalah kredit x abis digunakan atau talian ditamatkan perkhidmatan sebegini, maka abam kie pun memilih satu syarikat telco yang bernama ONEXOX. Jadi kenapa abam kie memilih ONEXOX sebagai penyedia perkhidmatan mudah alih untuk anak2 abam kie? Meh baca sebab2nya di bawah ini. Orait?

1. Voice mail / panggilan bawah 10 saat yang sangat murah
Kini di ONEXOX apabila kita membuat panggilan ke mana-mana rangkaian samada bawah 10 saat atau panggilan masuk ke voice mail, kita hanya di kenakan caj sebanyak 5 sen sahaja.

2. Family and Friends

Di ONEXOX kita dapat menikmati penjimatan berganda-ganda dengan kadar Family and Friends. Kita boleh memilih 10 nombor ke mana-mana rangkaian malah ke talian tetap (TM). Berbanding telco-telco lain hanya boleh membuat panggilan Family and Friends  kepada sama rangkaian sahaja. Jadi sangat terhad untuk menggunakan sepenuhnya kadar istimewa ini.

3. Internet dengan kadar murah dan berkelajuan tinggi.
Kita boleh menikmati kadar yang paling berbaloi setiap bulan untuk melanggan data internet dengan kelajuan tinggi.di ONEXOX. Kita boleh menikmati kelajuan 7.2Mbps malah lebih dari itu bergantung pada kawasan.

4. Tempoh sah sehingga 28 bulan.

Kini kita tidak perlu risau lagi mengenai tempoh sah yang singkat seperti 7 hari atau 30 hari sahaja kerana di ONEXOX kita akan menerima sehingga 2 tahun 4 bulan.

Walaupun anda hanya top up RM10 sahaja dan selepas itu kita tidak lagi top up. Akaun anda masih boleh aktif menerima panggilan dan membuat panggilan (sekiranya masih ada baki) sehingga 28 bulan.

Untuk memiliki tempoh sah yang panjang ini syaratnya sangat mudah iaitu dengan dua cara. Iaitu:

i. Kekalkan nombor lama - Dengan mengekalkan nombor anda dan bertukar ke ONEXOX maka secara automatik anda layak mendapat tempoh 28 bulan ini.

ii. Starter Pack - Pilih nombor baru dari dealer-dealer ONEXOX dan daftarkan.

p/s : Tempoh sah akan diaktifkan selepas 2 minggu dari tarikh pengaktifan. Sekiranya selepas dua minggu anda masih tidak menerima tempoh sah 28 bulan maka sila hubungi dealer atau pihak ONEXOX (12273).

5. GST dikembalikan

Sebagai pengguna ONEXOX , kelebihan yang luar biasa apabila setiap kali anda membeli tambah nilai dan dikenakan GST. Jangan risau kerana ONEXOX akan pulangkan nilai 6% ke atas GST melalui kredit ke dalam akaun DA. Pengguna akan menerima pulangan baki kredit itu selepas 3 hari dari tambah nilai.

6. Plan fleksi 2 dalam 1 yang unik
Di ONEXOX ada dua akaun iaitu akaun biasa (MA) dan akaun istimewa (DA) . Dengan akaun istimewa pelanggan dapat menikmati kadar termurah di pasaran.

DA adalah akaun kadar murah - Hanya untuk panggilan & sms sahaja.  Digunakan terlebih dahulu bagi menikmati kadar murah.

MA adalah akaun kadar biasa - Untuk membuat langganan data dan pindahan kredit. Digunakan selepas tiada baki di akaun dedikasi. Sekiranya anda ingin melanggan data, anda perlu transfer dulu nilai DA ke MA mengikut pelan data yang anda inginkan.

7. Bayar mengikut penggunaan (30 saat per blok)

ONEXOX menggunakan 30 saat per blok. Jadi anda tidak dikenakan caj lebih dari yang sepatutnya. Sekiranya anda menggunakan 1 minit 10 saat. Anda akan dicaj sebanyak 1 minit 30 saat. Berbanding telco lain yang akan cas anda sebanyak 2 minit.

telco X = 28 sen / 1 minit ,
sekiranya 1 minit 10 saat = 2 minit = 56 sen

ONEXOX = 30 saat (pertama) = 9 sen , 30 saat (kedua) = 9 sen ,
sekiranya 1 minit 10 saat = 1 minit 30 saat = 27 sen

Jadi anda jimat 29 sen.

8. SMS percuma

Satu lagi kelebihan kepada pengguna ONEXOX di mana anda akan mendapat SMS percuma selama setahun. Iaitu sebanyak 1800 SMS setahun iaitu bersamaan 150 SMS setiap bulan.

Kesemua SMS ini tiada tamat tempoh dan boleh dibawa ke depan sekiranya tidak habis digunakan.

*SMS ini hanya boleh di gunakan antara pengguna ONEXOX dan XOX sahaja.

9. Semak Bil anda

Antara pelan prepaid di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan bil kepada pelanggan. Kini anda boleh memeriksa semua panggilan dan SMS bagi telefon anda setiap bulan.

Dengan cara ini pelanggan boleh memeriksa dan mengawal penggunaan telefon mereka. Jadi mereka boleh tahu ke mana hilangnya kredit yang mereka gunakan. Anda hanya perlu log in ke selfcare dan pilih bahagian bill statement

10. Tambah nilai

Apabila menjadi pengguna ONEXOX , anda tidak perlu risau kerana boleh membuat tambah nilai di mana-mana sahaja termasuk stesen minyak, kedai 7-11, supermarket besar dan kedai yang mempunyai sistem epay. Malah anda juga boleh melakukannya secara online melalui selfcare onexox. Di selfcare anda boleh membuat bayaran samada dengan online banking (maybank2u, cimbclicks etc) serta dengan kad debit atau kredit kad. Anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja dan kemudian setiap kali ingin membuat tambah nilai hanya perlu masukkan nilai sahaja. Samada melalui  website atau melalui apps.

11. Tiada Spam SMS

Servis ini tiada di ONEXOX kerana bagi syarikat ianya hanya untuk memanipulasi pelanggan demi mendapat keuntungan secara mudah.

Jika anda pernah melanggan, pastikan anda menghentikan servis tersebut kerana ianya pembaziran yang tak patut berlaku atau lawati link ini untuk mengetahui caranya

http://www.skmm.gov.my/Sectors/Celco/Mobile-Content-Services.aspx atau www.skmm.gov.my

12. User get user

Salah satu kelebihan luar biasa yang tiada pada telco-telco lain selain ONEXOX ialah user get user. Dimana apabila anda berkongsi , anda akan diberi ganjaran.

Kebiasaan pelanggan yang gembira dengan produk yang mereka pakai pasti akan bercerita dengan orang di sekeliling mereka. Ini adalah lumrah manusia untuk berkongsi perkara yang baik dengan orang di sekeliling.

Di ONEXOX apabila anda berkongsi dengan sesiapa sahaja kebaikan produk ini. Kemudian mereka juga berminat untuk menggunakan simkad ONEXOX. Maka anda akan di beri ganjaran sebanyak 6% dari jumlah yang mereka top up setiap bulan. Anda akan terus mendapat ganjaran ini selagi mereka setia menggunakan simkad ONEXOX. Ganjaran ini akan di beri samada dalam bentuk kredit atau tunai terus ke akaun anda setiap bulan.

Jadi lebih ramai anda berkongsi maka lebih banyak yang bakal anda perolehi. Kemungkinan besar anda sudah tidak perlu membayar tambah nilai anda lagi setiap bulan kerana anda akan mendapatnya dari ganjaran 6% ni sahaja.

Syaratnya mudah sahaja iaitu hanya perlu menjadi pengguna ONEXOX. Tiada yuran penyertaan. Tiada had yang ditetapkan apabila ingin berkongsi dengan orang lain. Mesti didaftarkan pada pengedar yang sah sahaja.

13. Pendaftaran murah

Kini anda boleh bertukar ke ONEXOX dengan hanya RM10 sahaja. Anda akan mendapat simkad bersama kredit RM5 di dalam.


Jadi tunggu apa lagi? Jom bertukar kepada ONEXOX sekarang juga!

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great

Lea Azleeya said...

sy pom pakai onexox... tak yah top up dh.. ekeke

Shafyqah Azry said...

saya jual topup onexox hehehe :p

HeNRieTTa JoSe said...

menarik juga harga dia yea...

PeRdU cINta said...

Ekonomi...mudah dan mesra pengguna..

Muhammad Khairuddin Lim said...

nice sharing

Belogs JM said...

ASSALAMUALAIKUM

TAHNIAH...

https://belogsjm.blogspot.my/2017/04/pemenang-segmen-2jam-by-jmbelog-1.html

;