Pagi semalam abam kie gi ke pasar besar Tanah Merah ni utk membeli barang2 dapur. Biasalah. Abe kie ke sana pd hujung minggu jah. Tetiba tertengok ikan puyu. Teringin nak make ike puyu la pulop! Bila tanya rego, akak tu royak RM16 sekilo. Mahal gak menate nih lo ni. Teringat masa budak2 dulu abe kie gi ngail di anak sungai tepi umah tu mudoh je buleh gigat dale 5 ke 6 ekor ike puyu sekali gi. Lo ni ike puyu ni jd mache species terancam doh! Meme susah nak cari di dalam sawah padi n sungai menyebabkan ia perlu dipelihara spt ikan keli tu. Kalu x buat gini kesian ko generasi akan dtg. Mungkin mrka x kenal ikan puyu ni lagu mano rupanya. 

Sebenarnya ada tiga cara nak masak ikan puyu ni. Yang paling mudah ialah digoreng begitu saja. Kalu abe kie meme akan buang sisiknya supaya mudah dimakan. Kalau x nak buang pun x apa. Kalau makan panas2 lagi dengan nasi yg baru diangkat tu lagi la terangkat! Boleh gak jika nak cicah dengan air asam. Ikan puyu ni lemak n berminyak. Sesuai untuk membuncitkan perut mcm abam kie ni. hehehehe.....


Kalau mahu dibakar pun sedap gak. Sisiknya x perlu dibuang. Cuma kepit dgn pengepit buluh atau org Kelate panggil 'perange'. Mesti bakar di atas unggun api. Sebabnya bila ia hampir masak nanti lemaknya akan menitik ke atas bara api. Lagi sedap tu. Jgn guna periuk ajaib atau dapur elektrik. Meme masak juga tp kering la. Hok sedap tu yg berminyak. 

Ikan puyu bakar ni sedap dicicah dengan budu aje. Perah limau nipis n taruh cili api. Yang penting kena make dengan nasi panas baru la menyangkut! Tul tak?


Resepi terakhir ialah ikan puyu asam pedas ala kampung. Masa kecik arwah ma abam kie meme masak mcm ni. Caranya sama dgn gulai asam pedas Melaka tu cuma dia masukkan beras yg ditumbuk bagi menghilangkan rasa hanyir. Bubuh belimbing buluh sikit. Pasti sedap! Meleleh pulop air liur abam kie ni bila teringat air tangan arwah ma ni. Al-Fatihah.

Jadi apa lagi? Jom la beli ikan puyu dan masakkan mengikut cara yg abe kie ajarkan tadi. Kalau nak tahu ramuan n cara memasak asam pedas ikan puyu tu boleh je tanya pakcik google. Orait?