Saya Tok Sidang sebuah kampung. Kadangkala memang rasa sayu di hati.. Umur 50 tahun. Sejak pencen 5 tahun yang lalu, saya banyak menghabiskan masa di masjid sahaja, maklumlah masa di kerja askar dulu asyik kerja kerja dan macam-macam lah..

Saya ke masjid untuk solat fardhu 5 waktu dan hadiri majlis2 ilmu. Itulah rutin harian saya sejak pencen untuk mencari bekalan akhir serta cuba cover mana dosa2 yang bnyk dahulu.

Anak2 saya semua sudah dewasa. Hidup rasa cukup lengkap dengan tiada apa lagi tanggungjawab lain dan masa dapat di isi dengan aktiviti sendirian serta amal ibadat. Isteri masih bekerja.

Dikejiranan saya, 2 rumah sebelah rumah saya, tinggal seorang wanita yang telah kematian suami akibat kemalangan. Biarlah saya panggil dia sebagai Ani, yang berumur 39 tahun dan masih cun dan baik orangnya. Pagi2 beliau keluar bekerja dan menghantar anak2 kesekolah. Petangnya pula kedua dua anak beliau perempuan umur 11 dan 12 tahun mengaji dengan isteri saya. Selalunya isteri saya akan menyediakan makanan sehingga kedua kanak2 ini kenyang sementara menunggu ibu mereka balik bekerja. Biasanya Ani sampai rumah selepas waktu maghrib. Jem barangkali...

Saya sendiri juga jarang juga berbual dengan Ani, sehinggalah pada satu pagi Sabtu selepas kuliah di masjid yang mana Ani juga hadir. Tanpa saya duga Ani telah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya.

"Saya tahu Abang Aji terkejut, tapi Ani dah fikir masak2, anak2 Ani pun kenal dan baik dengan Abang Aji serta isteri abang. Ani ikhlas".

"Isteri abang pasti pengsan dengar ni"

"Kita kawin senyap2 je bang..." balas Ani meyakinkan.

Sejak pagi itu saya jadi tidak keruan. Apa patut saya buat?

Ani memang janda menawan, ada kerjaya, ada kereta dan rumah sendiri. Tuah ayam nampak di taji, tuah org siapa yang tahu... saya dalam dilema...

Bantulah saya...😂😂

Ini soalan ramalan peperiksaan tahun ini..
Bincangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang dan cadangkan tindakan terbaik buat Hj Sayuti.. (markah 50%)