Assalamualaikum. Kadang-kala kita mendapat follower baharu yang tidak meninggalkan jejak sama ada di kotak komen atau cbox. Mereka ni macam pelawat touch n go aje. Memang sukar nak follow back namun abam kie ada beberapa tips untuk menjejaki mereka. Jom baca entri ini sampai habis. 

Pertama sekali, abam kie cari username dia di Google+. Pastikan avatar dia sama dgn avatar di widget follower kita tu. Kadang-kala tu nama yg popular seperti Nadia ada sampai beratus2 user name mcm tu di G+. Jadi kena padankan user name dan avatar tu. 

Jika follower tu masih belum guna profile G+, cuba search di Google. Kalau nama dia "Saidatul Nadia", cuba taip "Saidatul Nadia blogger". Kalau nasib baik pasti jumpa profile blogger dia.



Contoh profile blogger yang lengkap dengan URL blog.

Jadi pada kesempatan ini, abam kie ingin menyeru kepada semua blogger untuk mengemaskini maklumat masing-masing sama ada anda masih menggunakan profile blogger atau Google+. Pastikan URL blog anda terpapar di profile tu.


Contoh profile Google+ yang lengkap dengan URL blog dan sebagainya

Akhir kalam, abam kie ingin menyeru kpd semua blogger utk melengkapkan profile blogger atau Google+ anda bagi memudahkan tuan rumah yg baik hati mcm abam kie ni nak follow back blog anda. Jangan kata abam tak sudi nak follow back jika anda x reti2 nak tinggalkan jejak atau kemaskini maklumat di profile blogger dan Google+, OK?

Abam Kie cadangkan kwn2 kasi alert kpd tuan blog jika kwn2 dah follow blog mrka. Yang selalu abam kie buat ialah menulis komen di entri terkini mereka. Lepas tu di bawah sekali siap tulis nota mcm ni:

P.S. Blog awak memang menakjubkan jadi Abam Kie jadi follower no 123 ya? 

Hmm... kalau dia tu jenis yg mesra alam dan reti bahasa pasti dia akan follow back esp jika dia set blog dia tu kpd 'comment moderation'. Kalau dia x reti2 nak follow back jgn risau. Selepas 1 bulan abam kie unfollow je blog yg tuannya x peramah dan selfish tu. As easy as ABC, right?

Baiklah, hanya setakat ini sahaja perkongsian pintar daripada abam kie. Semoga tips yg diberikan ini bermanfaat. Sekian, terima kasih. 😇

11 Comments

  1. Betul kadang memang nak follow balik tak dpt dikesan sebab url tak ada.
    Rasa terkilan juga tapi kalau bersungguh dan dpt dikesan boleh follow balik.

    ReplyDelete
  2. Betul Cikgu AK..kadang bukan tak nak follow...tapi puas la meng"Google"..tak jumpa..

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang baik abg kie..
    Nanti AM update ya..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  4. Great sharing...

    ReplyDelete
  5. sy pun buat mcm tu jg, last skali kena google..

    ReplyDelete
  6. Thank you for this sharing,irda pun kadang2 tak tahu cara nak follow blog tu bali.tapi apapun,kalau irda follow orang tu tak follow takpe,irda just jadi silent reader je,kadang2 irda nak baca topic diorang,kalau tak follow irda just tak komen je,tapi tak tinggalkan,rasa syg nak putuskan silaturrahim.one day kalau topic dia best sangat,irda akan komen panjang-panjang...tapi kalau rasa dia nak follow,ok sangat,masih tak nak follow xpe..hehe

    ReplyDelete
  7. nice sharing abg.
    done follow

    https://belogsjm.blogspot.my

    ReplyDelete
  8. sharing yang bagus ni. TQ sommuch. :)

    ReplyDelete
  9. Thank you for this great sharing Abam Kie. Maaf kalau Safiena tak follow balik blog sebab susah nak trace blog link. Kepada yang masih menggunakan profile lama tu sila-sila lah tukar ya. Happy blogging.

    ReplyDelete
  10. thanks for the share...rietta pown ada beberapa yang follow, tpi xdapat nak follow semula sebab kt profile dia xde URL blog dia...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.