“Masuk syurga hanya kerana membuang duri dari jalan? Betul  ke ni?”

Mungkin ada yang berasa ragu-ragu dengan khabar ada seseorang yang dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana amalan solehnya yang membuang duri atau sesuatu yang menyusahkan orang ramai di jalan.

Mungkin di fikirannya terbayang orang masuk syurga mesti mempunyai amalan yang serba hebat. Mati syahid, khatam al-Quran setiap minggu, tahajjud setiap malam, bersedekah beribu ringgit sehari dan seumpamanya.

Sesungguhnya rahmat Allah  tiada batasan. Dia berhak memasukkan sesiapa sahaja ke dalam syurga walaupun hanya dengan amalan yang dipandang remeh oleh manusia.

Sememangnya terdapat satu hadis  dengan jalur riwayat yang berbeza-beza mengenai seseorang yang dimasukkan ke dalam syurga kerana membuang duri dari jalan. Itulah cabang iman yang paling rendah sebenarnya sebagai mana hadis sahih di mana  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bahawa iman memiliki lebih dari tujuh puluh cabang. Cabang yang paling tinggi dari cabang-cabang keimanan adalah perkataan “la ilaha illallah” dan cabang yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menceritakan bahawa terdapat seorang lelaki yang masuk syurga kerana  dia menyingkirkan duri yang berada di suatu jalan.

Dalam sebahagian riwayat dari Imam Muslim dari sahabat Abu Hurairah pula, beliau berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada seseorang lelaki yang melalui ranting berduri berada di tengah jalan. Ia mengatakan, ‘Demi Allah, aku akan menyingkirkan duri ini dari kaum muslimin sehingga mereka tidak akan terganggu dengannya.’ Maka Allah pun memasukkannya ke dalam syurga.”

Dalam riwayat lain, juga dari sahabat Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Sungguh, aku telah melihat seorang lelaki yang sedang menikmati kenikmatan di syurga disebabkan ia memotong duri yang berada di tengah jalan, di mana duri itu mengganggu kaum muslimin.”[ Imam al-Bukhari dan Muslim]

Pengajaran hadis :

1.    Jangan memandang remeh sebarang amal soleh.
2.    Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Pengasih kepada hambanya.
3.    Sentiasalah berdoa agar dimasukkan ke syurga dengan asbab peroleh rahmat Allah dengan amal soleh yang dilaksanakan.
4.    Lakukanlah sesuatu amalan yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
5.    Hindarilah perbuatan yang boleh menyusahkan orang lain.
6.    Setiap kebaikan akan mendapat ganjaran sebagaimana setiap kejahatan akan dibalas.

Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.

Sumber: http://pbasmkps.blogspot.my

P.S. Nota ringkas berkaitan gambar di atas tu: 

Kepada tuan tanah ni tebas atau mesin la pokok yang masuk ke dalam jalan tu. Dapat gak pahala. Kadang2 abam kie ada juga potong dahan buluh yang terjulur ke tengah jalan sebab takut mencalarkan kereta sendiri dan orang lain. Nak harapkan tuan tanah tu buat entah bila la...

9 Comments

  1. Kasih sayang Allah tu=iada batasan dan kepada sesiapa sahaja yang DIkhendakiNYA

    ReplyDelete
  2. inshaallah terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian =)

    ReplyDelete
  4. masa kecikkecik dulu kat sekolah ustaz selalu bercerita mcm ni....

    ReplyDelete
  5. hihi. abam kie, orang tak tahu nikmat pahala menolong, sbb tu buat tak tahu.

    ReplyDelete
  6. abam kie... terima kasih atas perkongsian... terbaik..

    psssttt... Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #25

    Senarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/09/senarai-url-blog-25.html

    Semoga berjaya... (^_^)

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  7. Sekecil-kecil kebaikan, inshaallah akan dibalas sewajarnya oleh Allah

    ReplyDelete
  8. betul tu..walaupun benda yang kita lakukan macam ntah apa-apa ntah, mana tau perbuatan kita yang baik tu masuk syurga..

    ReplyDelete
  9. betul tu..walaupun nampak mudah je amalan ini,tetapi kita sebagai manusia payah kan nak buat ni.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.