Wednesday, 3 August 2016

Sambutan Aidil Fitri 1437H


Bersama bekas-bekas pelajar Kelas 5 Sains 2 2014

Assalamualaikum.Dah habis bulan Syawal tapi baru sekarang abam kie nak update blog tentang sambutan hari raya yang lepas. Sibuk memanjang katakan. Maklumlah SPM makin hampir. Kerja di sekolah semakin bertimbun. X tahu nak cekau yang mana satu. Pada 3 Syawal 1437 bersamaan 8 Julai 2016 barulah abam kie n isteri menganjurkan mini open house khas kepada kaum keluarga terdekat dan murid2 yg sudi datang. Isteri memasak nasi kerabu berlaukkan ikan selayang goreng. Niat di hati nak buat ayam goreng tapi pada hari berkenaan seekor ayam pun x dijual. Yang ada pun sudah ditempah orang. Tu pun dengan harga RM30 seekor! 

Alhamdulillah, adik-beradik dan ibubapa saudara kami sudi datang. Murid2 yg dtg pun dekat 30 org. Mereka ialah bekas pelajar abam kie sejak 2014. Letih sungguh melayan tetamu yg datang sehinggakan jam 9 malam kami semua dah tidur! 

 
Bersama pelajar2 Kelas 5 Sains 1 2016 

Manakala pada 12 Julai 2016 berlangsung pula majlis sambutan hari raya peringkat sekolah. Acara ini dijalankan serentak dgn majlis persaraan Puan Rusnah Mustafa, guru Bahasa Inggeris yg banyak mendidik anak2 muridnya ke arah kejayaan. Menu hari raya kali ini biasa2 aje spt sate, mihun, ketupat, lemang, tapai dan biskut raya. Makan tengahari pula ditaja oleh guru2 yg mendapat APC pd thn 2015. Alhamdulillah, kenyang juga abam kie pada hari berkenaan. 

5 comments: