Friday, 26 August 2016

Duit kutipan tabung masjid ke mana perginya?


Aqidah memang tidak boleh dijualbeli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak. Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

Kenapa encik ambik lima puluh je. Bukan ada orang jaga pun?

"entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.


Sumber  : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=491697650929104

5 comments:

  1. Duit tabung masjid diguna utk pelbagai belanja kat masjid kenduri/kendara dll nk tau kena tanya komiti masjid.

    ReplyDelete
  2. Hurm.. Tak tau nak cakap apa.. Kes macam ini dah banyak..
    Bantuan yang dipohon tapi terasa seolah-olah mengemis..
    kesana kemari disuruh pergi namun bantuan tak juga diberi..
    Bila dipohon pada yang lain, dikutuk dan dicaci..
    tapi bantuan tetap tak kunjung tiba..

    ReplyDelete
  3. biasa duit masjid buat bayar bil, byr imam. tak de pulak dengar masjid kita buka tabung untuk ambik buat beli brg.

    Entahlah, betul takot salah guna tapi, mudahkan lah cara tu. nak beli susu ank, takkan la nk kne buat surat. yg buat surat tu untuk long term pny kebajikan.

    ReplyDelete
  4. Bagus cara diaorang melayan orang yg susah tak kira bangsa tu kan AK.... Patut masjid pun buat gitu jugak. Tapi tulah.... kadang kadang manusia ni suka ambik kesempatan pulak

    ReplyDelete