Assalamualaikum.Mesti kawan2 terkejut apabila membaca tajuk di atas kan? Maaflah sebab kali ini abam kie nak buat entri sensasi sikit. Nak tahu apa cerita panas abam kie kali ini? Sila baca keluhan abam kie di bawah ini ya?

Seperti kebanyakan blogger yg lain abam kie akan rasa teruja bila dapat follower baru. Sejak mula kembali berblog pada Nov 2012 pengikut abam kie sudah berjumlah 950 orang. Ini hasil kerja keras abam kie mempromosi blog yg suam2 kuku ini melalui blogwalking, menyertai GA dan segmen dan kunjungan hormat. Salah satu cara yg mudah utk follow blog org ialah dgn menyertai GA atau segmen. Lepas tu abam kie follow la blog2 peserta segmen n GA berkenaan. Siap abam kie buat senarai dalam fail excel lagi. Biasanya abam kie akan tulis komen atau tinggalkan jejak di chatbox. Siap bagitahu abam kie folo blog mrka dan ajak mrka jenguk2 blog abam kie bila ada masa. X suruh pun mrka follow back. Tapi kalau mrka tu reti bahasa maka mrka sepatutnya follow back la blog abam kie tu. Bukannya luak pun. Dunia blog Malaysia ni sempit aje. Jadi x perlu sombong n perasan bagus! Sedangkan blogger retis Mia Liana dan Hasrul Hassan pun sudi follow blog abam kie. Ini kan pula blogger baru nak up!

Tapi yg buat abam kie bengang ni daripada 100 blog yg difollow cuma 10 aje yg follow back! Abam Kie bagi masa 1 bulan untuk mrka folo back. Jika tak folo gak maka abam kie akan unfollow mrka! Baru adil! Kalau kwn2 tgok dlm pic kat atas tu kalau bertanda 'X' tu ialah blogger yg x reti2 nak menyambut salam perkenalan dari abam kie. 

Nampaknya hasrat abam kie nak mencari follower ke 1000 sebelum 31 Dis 2016 makin sukar digapai. Namun abam kie bersyukur krna masih ada lagi kwn blogger yg sudi komen entri abam kie n klik iklan adsense dan nuffnang tu. Jasa kalian amatlah abam kie hargai. Teruskan berkunjung ke blog abam kie ini. In Shaa Allah, ukhwah yg terjalin di alam maya akan terus berkekalan jika kita saling menyapa biar pun belum pernah bersua. In Shaa Allah.

Sekian. Terima kasih.