Assalamualaikum. Apakah makanan yang boleh menambah selera kawan2 terutama sekali pada bulan puasa ini? Bagi abam kie, sambal pauh/mangga dapat membuatkan abam kie lebih berselera makan terutama pada waktu sahur. Ia memang sedap,   gabungan masam dan pedas. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan

4 ekor ikan kering yang dibuang tulangnya atau segenggam udang geragau kering
3 biji mangga muda (mangga kecil2) / di Kelantan dipanggil pauh ringan
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara membuatnya....

1. Goreng ikan kering. Kemudian dibuang tulangnya.
2. Jika menggunakan udang geragau, toskan udang tersebut aje.
3. Mangga muda tadi dicincang nipis.
4.Tumbuk hingga lumat cili padi dengan menggunakan lesung.
5. Kemudian masukkan garam dan gula serta mangga yg telah dicincang tadi. Tumbuk lagi.
6. Kemudian masukkan isi ikan. Tumbuk kasar-kasar. Gaulkan sehingga semua sebati.
7. Sedia untuk dihidang.

Pas tu boleh la makan semasa berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!

11 Comments

  1. sedap ni...selalu gak buat abam kie...memang sedap makan ngn nasi panas2...

    ReplyDelete
  2. sedap ni...arwah mak selalu buat :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya! mak ain sellau buat tapi tak letak ikan la. sebab kami adik beraidk tak suka. hehe

    ReplyDelete
  4. sedap ni boleh tambah perasa bila makan nasi

    ReplyDelete
  5. aduhai menggoda imanku bila teringatkan sambal mangga huhu

    ReplyDelete
  6. feveret ni..makan time sahur baru berselera sikit makan nasi..huhu

    ReplyDelete
  7. berliur unni tgk.. pauh memang sedap.. unni sllu guna pauh ngn udang geragau.. tak pernah cuba ikan kering... esok nk cari manga...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.