Assalamualaikum.Baru2 ni abam kie pergi ke cawangan CIMB berdekatan kerana ingin menambah pelaburan skim ASN kerana ada wang lebih sikit. Kali terakhir abam kemaskini akaun ASN ialah padatahun 1998 semasa masih mengajar di Sabah lagi. Pada masa tu ekonomi sedang merosot jadi abam kie keluarkan semua duit di dalam ASN dan pindahkan ke dalam ASB. Lagipun dah x ramai orang yg melabur di dalam ASN pada masa itu dan sekarang.

Mengikut kata teller bank tersebut, PNB sekarang dalam proses menukar buku akaun pelaburan secara berperingkat. Pada masa ini buku akaun ASN dan ASW2020 yang perlu ditukar. Nampak kan kat atas tu buku pelaburan baharu lebih menarik, tertarik kau memang de bomb kan?

Jadi kepada pelabur2 unit berkenaan silakan menukar buku akaun pelaburan anda di ejen ASNB yg berhampiran. Terima kasih.