Siapa kat sini pakar Bahasa Melayu?  Mohon pencerahan. Seratus peratus betulkah maklumat di bawah ini :

Ramai calon peperiksaan masih keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan. Kekeliruan ini berlaku apabila mereka mendapat input ejaan berlainan daripada media massa dan guru. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan SPM. Berikut ialah perkataan yang biasa kita temukan:

1. resepi ❌ resipi ✔️

2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔️

3. istirehat ❌ istirahat ✔️

4. kadang-kala❌ kadangkala

5. sambilewa ❌ sambalewa✔️

6. mengganggu gugat ❌ mengganggu-gugat ✔️

7. insuran❌ insurans ✔️

8. ambulan❌ ambulans✔️

9. juwita❌ juita✔️

10. unggu ❌ ungu ✔️

11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔️

12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa✔️

13. gambarajah❌ gambar rajah✔️

14. redha❌ reda✔️

15. kerinting❌ keriting✔️

16. bergu❌ beregu✔️

17. kontingen ❌ kontinjen✔️

18. mengenengahkan❌ mengetengahkan ✔️

19. mengenepikan❌ mengetepikan ✔️

20. mengkedepankan ❌ mengedepankan✔️

21. mengkebelakangkan❌ mengebelakangkan✔️

22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat✔️

23. majerin❌ marjerin✔️

24. rempah ratus❌ rempah-ratus✔️

25. alat siaraya❌ alat siar raya✔️

26. margasatwa ❌ mergastua ✔️

27. workshop❌ woksyop✔️

28. bertungkus-lumus❌ bertungkus lumus✔️

29. limau kasturi❌ limau kesturi ✔️

30. walaubagaimanapun❌ walau bagaimanapun ✔️

Akhir kata, pembaca akan berasa pelik akan beberapa perkataan yang saya senaraikan tetapi yang pelik itulah ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan edisi keempat. Betulkan yang salah, biasakan yang betul.