Assalamualaikum. Kawan2 suka membaca akhbar kan? Akhbar apa yg kwn2 selalu beli? Bagi abam kie, semua akhbar dibaca janji faham. Pada hari Ahad abam beli Sunday Star dan Mingguan Malaysia manakala pada hari Jumaat abam beli Harian Metro, Sinar Harian atau Kosmo. Tahukah kawan2 harga akhbar skrg semakin mahal? Contohnya akhbar2 keluaran Media Prima spt BH dan HM mencecah RM1.80. Banyak gak tu!

Tetapi abam kie lebih suka beli akhbar yg murah je. Bukannya apa. Kan akhbar ni laku selama 1 hari je? Buat apa beli yg mahal2 sebab berita yg tersiar kan sama? Cuma rencana aje yg berlainan. Jadi jika nak cepat, pantas dan padat, abam kie beli aje Kosmo sebab harganya cuma RM1. Betulkah tindakan abam? Bagimana dgn kwn2 sekalian?

Hmmm..skrg ni maklumat di hujung jari anda. Jika nak berjimat dan cepat baca je e-paper atau mobile paper. Cuma 'feeling' membaca tu x seperti memegang akhbar konvensional yg dibuat daripada kertas. Fikir-fikirkanlah....