Berkebun sudah menjadi minat abam kie sejak kecil lagi. Maklumlah anak tani.. abam kie dibesarkan di sebuah rumah yang terletak di tengah-tengah sawah padi di Machang, Kelantan. Bapa menanam padi dan ibu menoreh getah untuk membesarkan abam kie dan adik-beradik yang lain. Alhamdulillah kini abam kie berjaya menjadi seorang guru TESL yang dikenali oleh rakan2 sejawat dan anak2 murid.

Berbalik kepada minat berkebun ini, sekarang abam kie mula berjinak2 kembali dengan menanam sayuran yang digunakan setiap hari. Maklumlah abam kie tinggal berhampiran bandar yang mana halaman rumah amat terhad. Cukup untuk parking dua buah kereta aja. Tapi masih ada sedikit ruang kosong untuk bercucuk tanam.

Jadi minggu lepas abam kie dan isteri menyediakan tapak semaian dengan menggunakan batu-bata lebihan 'house renovation' tempohari. Kami membuat dua tembok segiempat tepat. Kemudian kami mengisi ruang tersebut dengan tanah-tanih dan pasir. Selepas itu isteri membuat batas sebelum abam kie menanam serai, halia, lengkuas dan cili padi. Isteri kata tangan abam kie sejuk sebab segala benih yang abam kie semai pasti
berhasil! Alhamdulillah. In Shaa Allah, selepas ini tak perlu lagi ke pasar untuk membeli sayuran tersebut.

Pada zaman GST dan barang naik ini kita perlu berjimat-cermat bagi mengawal belanja dapur. Berbakti kepada tanah pasti ada hasilnya. Begitulah kiranya. 

11 Comments

  1. Baguslah Abam Akie ni..
    Berbudi tanah lah yg paling baikkan..
    Dapat hasilnya :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..rajin a.kie brkbun

    ReplyDelete
  3. bgs abam kie, berbudi pd tanah,,,, Allhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. Salute! Memang kalau ada ruang sebaiknya gunakan utk menanam apa yg boleh menghasilkan. Kakak rasa kalau setakat serai, pandan, kunyit boleh hidup dan tak perlu jaga rapi... banyak lagi ruang kakak nampak tu.

    ReplyDelete
  5. rajin berkebun bagus...hana x pernah lg bercucuk tanam

    ReplyDelete
  6. memang betul,,sya pun suka tanam..cam daun kunyit klu beli kat pasaraya da kuning² kering pun jual gak,,,klu tak guna membazir kering dlm peti ais,,,klu tanam sndiri,,,nak guna baru gi petik, senang..

    ReplyDelete
  7. RAJIN BERKEBUN PASTI DPT MENUAI HASILNYA...

    ReplyDelete
  8. Tqime kasih abam kie singgah kkuae blog sy..tanah kecik pun xpe..hasil yg ditanam nt dpt rasa satu family.. :)

    ReplyDelete
  9. Salah satu azam 2016 saya adalah utk lebih aktif berkebun. Skrg tgh hangat mencari inspirasi & mbakat semangat dgn mbaca blog2 blogger yg bkebun. Thanks for sharing Cikgu.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.