Assalamualaikum. Di mana ada gula di situlah ada semut. Itu ialah peribahasa Melayu dulu-dulu. Tapi abam kie rasa peribahasa itu sudah tidak boleh digunakan di rumah abam kie. Kenapa? Tempohari semut ada merata-rata di atas meja dan kabinet rumah. Pantang aje abam kie letakkan nasi bungkus di atas meja pasti akan dihurung semut. Begitu juga jikalau abam gantungkan nasi bungkus itu ke dinding maka pasti ia akan dihurung semut juga. Geram tul! Kadang2 semut ni jahat betul sampaikan ke dalam bekas air masak dan ikan masin pun dihurungnya! Mereka bukan saja tertumpu kepada makanan manis! 

Lalu abam membeli kapur anti semut yang ada dijual di pasar malam. Cuma RM2 sebatang. Kalau beli 3 batang cuma pada harga RM5. Balik ke rumah terus abam menggores segala kaki meja dan kerusi di rumah ini bagi mengelakkan semut itu menghurung makanan di atas meja tu. Bila semut melintasi goresan kapur itu mereka akan lemah dan mati. Kira berbisa jugaklah kapur dari China ni..



Alhamdulillah kapur ajaib anti serangga yang abam beli di pasar malam itu berkesan dalam mencegak pembiakan semut. Cubalah sekarang dan lihatlah akan perbezaannya! Selamat berjaya!

13 Comments

  1. semut sekarang dah tak pandang gula semata..masin..pahit..kelat semua dimakan..hehe..ubat batuk..pun diminum..hai la semut..wah bagus juga ni abam kie..

    ReplyDelete
  2. bkn dlm gula je skrg ni..dlm cawan kosong pn dorg berkampung.. cawan minum airmasak je padahalnya.. adeh la..

    p/s : mak sy kat kg pn guna kapur jugak buat gores kat lantai, mmg berkesan.hehe..

    ReplyDelete
  3. bkn dlm gula je skrg ni..dlm cawan kosong pn dorg berkampung.. cawan minum airmasak je padahalnya.. adeh la..

    p/s : mak sy kat kg pn guna kapur jugak buat gores kat lantai, mmg berkesan.hehe..

    ReplyDelete
  4. Rumah saya pun byk semut, penah dgr benda ni, nnt kena cari kt pasar malam lah yek

    ReplyDelete
  5. citernya skrg semuat skrg dah advance..yong letak beras kat dapo pon dia masuk gak

    ReplyDelete
  6. dlu mak cik nor selalu gak guna tp sekarang dah xguna..thulah knapa..xjumpa org jual kot..hihi

    ReplyDelete
  7. BOLEH CARI N CUBA KAPUR MAGIK NI..

    ReplyDelete
  8. waaa.. ada kapur anti semut ye.. kat umh sy ni tak tahu dh nak buat mcm mna dgn semutyng bnyk2 ni.. buat la cara apa pn. xkan hilang..

    ReplyDelete
  9. tak pernah tau lak kapur ni wujud. kena cari gak nanti ni. banyak sangat dah semut kat rumah. nak spray pun dah tak larat.

    ReplyDelete
  10. semut skrh ni dah pandai .. rumah saya pn byk tp pakai ubat dlm paket tu alhamdulillah setakat ni terkawal ^_^

    ReplyDelete
  11. kalo saya sembur dengan ridsect je semut dalam rumah tu..huhu

    ReplyDelete
  12. Beracun tak ni.kalau terkene tangan sebelum makan bahaye tak

    <a href="radiosenyap.blogspot.com>Radio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam</a>

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.