Assalamualaikum. Apabila seorang lelaki itu memasuki usia 40 maka keupayaan seks beliau akan menurun. Selain daripada itu, dia akan merasa mudah letih dan kurang cergas. Abam Kie pun turut merasa fenomena ini. Jadi pada hari ini, abam kie mahu lelaki-lelaki dewasa khasnya pada usia 40 ke atas untuk menilai prestasi masing-masing dengan menjawab soal selidik di bawah. Selamat berjaya, kawan-kawan abam kie sekalian!

Baca soalan di bawah dan gredkan markahnya mengikut penilaian anda sendiri. Selepas itu campurkan markah yang anda dapati dan lihat bahagian terjemahan markah di bawah. Dengan skor yang didapati anda akan tahu di mana kedudukan anda dan tahap manakah masalah yang dihadapi.

Pemarkahan

(1) Tiada   (2) Sedikit   (3) Sederhana  (4) Teruk      (5) Amat teruk 

ADAM (Modified Questionnaire)

1. Adakah libido (sex drive) anda berkurangan? 
2. Adakah anda mengalami keletihan dan kurang tenaga?
3. Adakah tenaga dan semangat anda berkurangan? Dalam menyelesaikan sesuatu tugasan adakah           anda merasa cepat bosan?
4. Adakah berat badan anda berkurangan?
5. Adakah anda berasa kurang seronok dalam aktiviti seharian?
6. Merasa murung dan cepat marah?
7. Adakah merasa ereksi tidak sekuat biasa?
8. Kurang keupayaan dalam kebolehan bersukan?
9. Mudah mengantuk selepas makan malam?
10. Apabila bekerja adakah merasa prestasi kerja merosot?
11. Kesegaran tubuh secara amnya merosot. Tubuh sering terasa tidak sedap badan.
12. Sakit sendi dan lenguh-lenguh.
13. Banyak berpeluh.
14. Tidur tidak nyenyak
15. Badan sentiasa berasa mahu tidur.
16. Mudah tersinggung
17. Cepat rasa berdebar dan tidak tenang.
18. Mudah cemas.
19. Kekuatan tenaga merosot. 
20. Janggut dan misai tidak selebat biasa.
21. Berasa seolah-olah terlalu letih dan mahu menyerah kalah selain kurang bersemangat dalam                 aktiviti seharian.
22. Berasa diri sudah tua dan tidak bertenaga lagi untuk memulakan agenda baru dalam kehidupan.

Testosterone adalah hormone lelaki yang terhasil di testis. Ia penting dalam memberikan lelaki sifat-sifat maskulin yang diperlukan seperti otot yang besar dan sifat seksual seperti janggut dan misai selain bentuk tubuh yang sasa. Apabila seorang lelaki berusia 25 tahun ke atas, dia akan mengalami kejatuhan dalam jumlah hormone yang terhasil. Ini membuatkan sebahagian lelaki merasa akibatnya iaitu sebagaimana yang disebutkan dalam soal selidik di atas.

Kirakan markah anda dan nuat rumusan seperti di bawah:

Kurang daripada 40

Hormon dalam tubuh anda mencukupi. Anda tidak memerlukan apa-apa rawatan penembahan hormon. Tahniah kerana anda Berjaya mengekalkan gaya hidup sihat.

40 ke 55

Anda berada dalam tahap sederhana dan rawatan akan meningkatkan kualiti hidup anda. Anda akan dapati selepas rawatan keadaan tubuh badan anda akan berada di tahap yang amat baik.  

55 ke atas

Anda amat memerlukan rawatan. Jika tidak, anda tidak akan berupaya untuk keluar daripada kemurungan. Rawatan akan mengubah hidup anda dan keseluruhan perspektif kehidupan anda akan menjadi ceria dan menarik selepas rawatan.