Adakah anda orang Kelantan? Cara percakapan anda baik. Bahasa Malaysia anda pun baik. Bila bertutur langsung tidak kedengaran slang mana-mana negeri. NAMUN… Identiti Kelate anda dapat dikesan Tanpa Anda Sedari bila anda terlalu CONFIDENT je bercakap seperti 90 ayat di bawah…
1. Saya rasa kena lalu ikut jalan atas tembak tu, baru laju sikit.
2. Encik, sabar-sabar. Lorak nak pergi ke mana tu
3. Saya kurang suka warna kelabu tahi anying ni
4. Sakit hati betul saya dengan dia yang kerenat kat saya
5. Mari kita pergi encik, hujan sudah serik ni
6. Adik tuang air tu jangan banyak dik…padam-padam dah banyak tu
7. Kakak… bungkuskan saya pulut lempa satu
8. Macamana awak basuh baju ni habis pertik sawa
9. Adik…bagi saya tudung gelas ni…saya nk bawa kelik air ni
10. Mula-mula panaskan minyak…masukkan bahan kisar….tumis hingga naik bau…kemudian masukkan awas
11. Maaf la ya…rumah bujang macam ni la memang berkubang
12. Pasang cadar dan sampul bantal ni…bg nampak kemas sikit
13. Bang bagi supik satu
14. Tolong ambik kunci motor dalam sorak meja tu
15. Ayang…camne dah sial ke belum demam ayang tu?
16. Kejap ye…tadi petir, tu letrik tak ada…sebab suis berjentap
17. Bang…bungkus air lanas satu
18. Makcik….mana duit cucur saya tadi
19. Makcik…bagi pletin satu, senang sikit nk minum air ni
20. Tokey…kakas sup ada jual?
21. Itik suka sangat la kalau main air char
22. Dik…jangan hungar laju sangat…nanti rebah
23. Tolong ambilkan suis kereta aku kt meja tu.
24. Boleh tolong koho sikit bercakap tu? Bising! Gelegak telinga saya
25. Suami saya semenjak kebelakangan ni gelenyar sungguh
26. Ishh budak-budak remaja zaman sekarang ni parok-parok belaka
27. Apa yang duk berleber tu gak Yang, pening mutar kepala abang tau
28. Aihh kereta saya ni selalu berona la kalau time nak gi kerja
29. Letih sungguh semalam sampai saya jendera tak sedar apa
30. Takut nak lalu gerentok kayu ni, kan rutuh
31. Apa nak susah-susah potong, repih aje la
32. Tunngu semeta ya, saya mandi dulu, belengah badan ni
33. Bagus Ronaldo control bola, tapi sayang bola tu nacar jauh tadi
34. hati-hati, pegang la julai pokok tu jatuh nanti
35. Mengapa dia tu, menyetok karun, kesian pulak
36. Sudah banyak kali dah awak terkena dengan dia, mengapa tak perik lagi?
37. Jangan risau la lauk blana lagi ni, makan-makan!
38. Eh awak tertinggal bas ke, mengapa tidak cepat-cepat hambat tadi?
39. Semalam overtime, takkan hari ni pun kena ovetime juga, tak cekak la saya
40. Selalu bila saya mari di pejabat awak ni, awak selalu mengelik la
41. Aduh sakit kaki jerelus dekat birai parit td
42. nasiblah airnya toha kalau tak basah benjeruk dah
43. Bolehkah saya mintak rokak sebatam
44. Pakcik…nak beli menisam kerek 2 ringgit…letak dalam jabir rokrak
45. Balik rumah makan selalu nasi tu..takut basi
46. Banyak betul laa nyamak dalam bilik ini
47. Nakal-nakallah awk semua ni..nak suka saya dibuatnya
48. Ya Allah banyaknya tahi ayam monan kat tangga ni
49. Tea O ben sa, airnya muda sa…ahh lega nya.
50. Jangan main bawah pokok kelapa..nanti luruh woh nyor, tak dengar kata la…
51. Apa korang cakap ni..aku tak faham belah mana
51. Eee budak-budak ni asyik mengukas pokok, degil betul!
52. Siapa yang menanak nasi tu hangit lentung bau
53. Encik, uncle saya tak bagi tempek iklan dekat dinding ni
54. Saya tidak boleh main fb lama-lama takut dimurih isteri saya
55. Anak saya perlu bawa bocong tak untuk hari sukan, cikgu?
56. Jangan main di tanah nanti cemar kaki..
57. seluar saya soyak, tolong jahitkan
58. kenapa pasang radio tu kuat sangat…gegang la
59. Duit ade. Tapi tak tau la ade cemak mane lagi
60. Pakcik bagi peletim satu nak minum air..
61. Esok nak ambk mc sebab DEMAN
62. Jom sayang kita berjalan di bira pantai.
63. Orang ingat saya orang KL, sebab tak ada sikik habuk pun sleng kelantan
64. Ok murid2…bersedia ye…1..2..3…hunggar!
65. Bang.. Beri Burger 5. 2 tu bungkus, supit suku ya…
66. Jom kita lepak atas rongkas sekejap
67. Mmmmm…. bes la belda ni
68. tolong gahal kuat sikit kat patat kuali tu
69. Aku katok kan budok ni
70. Eh awak ni glenyar laa kutir baru tahu
71. Acu cuba tra test dulu bro
72. Sy ada kat pondak telefon ni.
73. Saya rasa dah perik tengok cerita hantu la
74. Kak..Bungkus mee goreng dua…buat samah2 ye
75. Beger satu….tak soh boh bawam
76. awak dah buat tubit duit dari bank?
77. Tolong susuk durian itu
78. Abang!! Tolong pukul gambar saya jap
79. Eh…apa tidur luar ni, pergi tidur tempat nu
80. Katil ini mmg bagus utk tulang belakang. Dan mmg sangat selesa. Kalau tido pon tak kabar.
81. Tolong ambilkn air…sy tak boleh bangun kaki sy serban ni
82. Buah ape yang ada jual kt kedai bawah? Macam2 ada bos, buah PAUS pon ada
83. Kenapa ramai sgt org dok gelewat dlm kedai tu….
84. Uncle tolong tukar bol lampu motor ni.. da terbakar..
85. Sy xtau la mana ilang kunci td…sy gaga dalam poket sy pon xde..
86. mita beli ubat senduan satu
87. Cik tlg datang cni kejap…,ada mat saleh xleh nk benyawa
88. Lengah rase…dari tadi suka selak…
89. “mkn lauk apa td? “Ike kronge” jwb dia.. “hah!? Ikn apa?” … “mkn ikan kerongang”
90. kak, nk nasi ayam gulai 2 satu taruk sayap satu lagi taruk monggem capur batang tengkak yer…

Dapatkah maksud yang abe kie cuba sampaikan?

6 Comments

  1. hihi... lawok abe kie ter.... sy ore kelate...

    ReplyDelete
  2. saya kurang faham la..tapi memang terbaik tu..

    ReplyDelete
  3. haha..kelate celup..,nak kecek luar tp tubik jgk sepatah hok klate..haha

    ReplyDelete
  4. agaknya perkataan yg digunakan tu yg menunjukkan kelantan...betul ke cikgu?

    ReplyDelete
  5. Saya teringat seorang pesyarah di Fakulti Pengajian Islam UKM. Kata beliau, "Saya paling tak suka interview (temuduga) orang Kelantan. Tak boleh cakap Bahasa Melayu, bercakap loghat Kelantan."

    P/S: Jadi pengajaran untuk semua orang yang berasal dari Kelantan.

    ReplyDelete
  6. da kontrol pun der gak kluar yer., haha

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.