Pada petang Ahad lalu, anak kedua Abe Kie iaitu Alis telah terjatuh dan terseliuh kaki kanannya semasa bermain-main di rumah jiran. Dia balik dan mengadu kepada abe kie bahawa dia tidak boleh berjalan lagi. Risau sungguh abe kie. Dia hanya mampu mengesot dan merangkak untuk bergerak di dalam rumah. Begitu sukar untuk abe kie mengangkat Alis kerana beratnya sudah mencecah 64kg.



Pada keesokan harinya abe kie dan mami membawa Alis ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Terpaksalah abe kie mengambil cuti pada hari tersebut. Adik kepada Alis iaitu Alin pun turut sama. Apabila tiba di hospital, Alis dibawa ke unit kecemasan untuk pemeriksaan. Kemudian kakinya di x-ray sebelum dibalut dengan bandage. Menjelang tengahari barulah semua urusan selesai.

Doktor memberikan cuti sakit selama 15 hari kepada Alis. Sementara itu dia akan tinggal bersama mami manakala Alin dan kakaknya, Anis akan dijaga oleh abe kie dan ummi. Kami bercadang mahu membawa Alis berjumpa dengan tukang urut untuk memulihkan kakinya yang terseliuh itu. Doakan yang terbaik untuk Alis, ya? Terima kasih. 

8 Comments

  1. wahhhhh menarik tu gambar header... bahagia lah selama2 nya yer...

    doktor ada cakap ker sebarang masalah kat kaki tu... kalau takder baguslah... makna memang betul tu terseliuh... cepat lah baik mudah2an

    ReplyDelete
  2. Wah..berat SP pun sekitar 56 kg je..

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh..saya pun pernah terseliuh tahun lepas..jatuh tangga..alhamdulillah, sehari sebelum raya puasa saya boleh jalan mcm biasa..atok kata daging kaki lebam :D

    ReplyDelete
  4. SALAM JUMAAT...INSYA ALLAH AKAN CEPAT SEMBUHNYA...TERSELIUH URAT SAJA BILA DH BETUL HILANGLAH SAKITNYA...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.