Pada zaman dahulu memang kita kerap menggunakan SMS sebagai media untuk berhubung kerana kosnya yang rendah. Ada sampai 1 sen sahaja jika sesama telco. Remaja terutamanya selalu menghantar SMS sesama mereka dan jarang berbual di telefon kerana ingin menjimatkan kos.

Tapi sejak era telefon pintar berleluasa, pengguna telefon kini kurang menggunakan SMS kerana kita para pengguna lebih selesa menggunakan program sembang seperti Whatsapp, Wechat, Line, Viber, Kakao Talk dan sebagainya. Program sembang ini lebih menyenangkan kerana kita boleh berbalas-balas mesej dengan pantas atau 'realtime'. Sembang la selama mana pun dan sebanyak mana mesej bertukar tangan tapi kosnya tetap sama. Lainlah jika guna SMS... setiap SMS yang dihantar akan dicaj.

Namun SMS masih diperlukan di dalam kehidupan seharian kerana masih ramai diantara kita yang masih menggunakan telefon biasa. Lagipun SMS tidak memerlukan talian internet. Jadi mudah la kita untuk menghubungi sesiapa jua terutama sekali jika ada mesej penting. Oleh itu jika ada mesej penting, baik hantar guna SMS, ok?

14 Comments

  1. Malangnya abah, penipuan pengendali telco dengan caj tersembunyi semakin menjadi-jadi sekarang kan..

    ReplyDelete
  2. sesak-sesak takde line, pakai jugak sms

    ReplyDelete
  3. saya setuju. tapi SMS masih diperlukan. kalau perkara tu amat penting kita masih guna SMS. kalau setakat nak berbual kosong. lebih baik guna whatsapp.

    ReplyDelete
  4. sms lebih sesuai untuk menghantar pesanan ringkas khas,tapi Whatsapp, Wechat, Line, Viber, Kakao Talk dan sebagainya tu,biasanya sesuai untuk berbual merapatkan silaturrahim tanpa mengira berapa kos kita untuk bersembang.

    Tapi ianya juga boleh memecah belahkan andai kita tidak mengawal jemari menaip sesuka hati sehingga menyentuh perasaan orang lain.Biasanya ianya berlaku dalam group chating.Tapi,jika digunakan secara betul,keluarga yang jauh tidak terasa jauh.Macam borak depan mata aje.so sweet.

    ReplyDelete
  5. betul tu..sms still jugak penting klau ada hal penting, sebb xsemua guna phone canggih manggih :)

    ReplyDelete
  6. ikut sajalah rentak perubahan masa yg pantas tu

    ReplyDelete
  7. Saya masih guna sms...kadang tu, saje je...sebab jarang guna

    ReplyDelete
  8. ade kelebihan dan kekurangan..yang wahtsup kene ade internet..nak ade internet kene bayar limited data phone..yang sms kene caj setiap sms..hehe..biasalah

    ReplyDelete
  9. Saya setuju dengan post ini. Mungkin masih ada lagi yang menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ini tapi jumlahnya tidaklah sebanyak berbanding dulu. Yang pasti, ini adalah kerana arus teknologi yang kita alami ni bergerak begitu pantas dan terus maju.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. sekarang dh ramai beralih ke whatsapp dsb. aha. jimt duit.

    ReplyDelete
  12. Saya masih guna handphone yang tak pintar maka pilihan yang ada cuma sms.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.