Saudaraku yg dikasihi.. pada kali ini abe kie ingin berkongsi tazkirah mengenai tujuh amalan sunnah Rasulullah yang perlu kita hayati dan amalkan. 

Tidak dinafikan, kita mmg byk dosa. Dalam kehidupan sehari-hari ada kalanya kita mungkin telah melampaui batas.. imaginasi kotor,.. percakapan dan perbuatan yang tidak menepati kehendak syariat menjadikan kita semakin jauh dengan rahmat Allah SWT. Tetapi itulah hakikat makhluk bernama manusia, tak lari dari kesilapan..

Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, jln2 kebaikan yg luas, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat serta yakin dgn rahmatNya.

Hendaknya kita  selalu mengamalkan ketujuh2 sunnah Nabi SAW ini:

Pertama:
Lakukanlah solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Bacalah Al-Qur’an sebelum dari terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata ini melihat dunia, ia terlebih dahulu menatap kalimah2 Allah (Al-Qur’an). Paling tidak (sesibuk manapun kita), bacalah surah al-ikhlas 3x, al-Falaq 3x dan an-Naas 3x dan ayat Kursi).

Ketiga:
Tunaikanlah solat Subuh di masjid. Sebelum melangkah kemana2 langkahkan kaki anda ke masjid terlebih dahulu pd setiap pg kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzinnya tetapi panggilan Allah yang mencari2 orang beriman untuk memakmurkan rumahNya ini.

Keempat:
Lakukan sholat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat hebat dalam meraih rezeki yg halal dan berkat.

Kelima:
Bersedekah setiap hari (dlm pelbagai cara..bkn sekadar dgn harta benda). Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kebaikan utk orang yang bersedekah. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dgn berlipat kali ganda..di dunia ini, maupun akhirat.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa  merasakan seolah-olah berada dlm keadaan bersolat (walau ia tidak solat), dan dijaga oleh malaikat dengan dua (2)doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat..zahir maupun batin. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Semoga memberi manfaat kpd kita semua. .إن شاء الله

17 Comments

  1. Jom sama-sama kita amalkan sunnah Rasulullah SAW...

    ReplyDelete
  2. Jika semua umat Islam mengamalkannya nescaya dunia menjadi milik umat Islam..Insyaa-Allah.

    ReplyDelete
  3. Thnks abe kie sharing this...

    ReplyDelete
  4. asalam abi..Z terima kasih ingatan yang sangat bagus ni..

    ReplyDelete
  5. kalau x dapat lakukan semuanya , jgn tinggalkan kesemuanya ...

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian abe kie.
    betul kata kak vee, kalau kita tak dapat buat semua sunnah Rasulullah saw, jangan sampai kita tinggal kesemuanya. buat setakat yang kita mampu. tanam dalam diri, kalau boleh nak buat semua sunnah2 tu. perkara2 sunnah ni sebenarnya yang banyak tolong kita tampalkan amalan2 wajib yang banyak lubang. amalan wajib dah tak berapa perfect, kita topupkan pula dengan amalan sunat

    ReplyDelete
  7. Insyaallah sama-sama kita bermujahadah seterusnya Istiqomah mengamalkan ketujuh perkara ini.terima kasih abah kie sudi memperingati

    ReplyDelete
  8. Lupa Nat nak minta kebenaran ..

    mohon copy ye

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian Abe Kie...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. sangat bermanfaat...In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas perkongsiannya :)

    ReplyDelete
  13. Terima kasih abah atas perkongsian yang terbaik

    ReplyDelete
  14. Alamak! Dah lama tak buat tahajjud dan solat tasbih.

    Terima kasih kerana memberi peringatan..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.