Monday, 11 August 2014

KELEBIHAN-KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID


Assalamualaikum wbt...Pada hari Isnin yang hening ini abe kie ingin berkongsi satu tazkirah yang abe kie dapat dapat dari Group Whatsapp SMACH90. Sudi2kanlah membacanya wahai rakan2 abe kie yg dihormati sekalian.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Solat secara berjemaah adalah dua puluh tujuh kali lebih baik daripada solat secara bersendirian.”
(Bukhari, Muslim, Turmizi dll)

Huraian hadith:

          Orang Islam yang bijak tentulah akan berusaha untuk sembahyang berjemaah di masjid atau pun surau kerana sangat besar ganjaran dan kasih sayang Allah dalam hal ini. Orang yang sembahyang berseorangan di rumah hanya mendapat satu bahagian pahala sedangkan mereka yang pergi berjemaah mendapat 27 kali lebih banyak bahagian pahala tersebut.  

          Untuk memudahkan pemahaman, bolehlah kita buat satu contoh.

          Pada suatu hari, pemerintah telah membuat tawaran kepada sesiapa yang pergi solat berjemaah ke masjid atau surau akan dibayar RM 27 untuk satu waktu, dan sesiapa yang sembahyang di rumah pula hanya dibayar RM 1 sahaja untuk satu waktu. Manakah yang akan kita pilih?

          Bayangkan, seandainya kita solat berjemaah lima waktu sehari semalam maka kita akan memperolehi gaji sebanyak RM 135 untuk sehari sedangkan mereka yang sembahyang di rumah pula hanya mendapat gaji RM 5 sahaja untuk sehari. Mana yang akan kita pilih? Sembahyang di rumah ataupun pergi berjemaah?

         Kalaulah betul sebegini, sudah tentu ibu bapa akan memaksa dan memukul anak-anak mereka agar pergi solat berjemaah. Malangnya manusia lebih nampak besarnya duit berbanding pahala. Sebab itulah ibu bapa sekarang tidak berasa rugi sedikitpun kalau anak-anak mereka tidak pergi solat berjemaah. Tapi kalau dibayar RM 135 sehari, jangankan orang lelaki, orang perempuan pun akan berlumba-lumba ke masjid dan surau.
          Sudah semestinyalah kita sebagai orang-orang yang tahu akan hal ini, membuat pilihan yang bijak iaitu mencari gaji RM 135 sehari berbanding orang kurang bijak yang mencari hanya RM 5 sahaja untuk sehari.

Sabda Rasulullah s.a.w:
            “Apabila seseorang itu telah berwuduk dengan sempurna dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka setiap langkahnya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa.”
(Bukhari)


          Alangkah besarnya kasih sayang dan ganjaran yang Tuhan sediakan untuk hamba-hamba-Nya yang pergi solat berjemaah! Setiap satu langkah kita ke masjid/ surau akan mendapat satu pahala dan menghapuskan satu dosa. Allah Maha Berkuasa untuk mengira langkah kita walaupun kita pergi dengan menaiki kenderaan. Kalau kita berjalan 200 langkah, maka dapatlah 200 pahala dan terhapus pula 200 dosa.

          Namun begitu, untuk mendapatkan semua ganjaran ini, maka hendaklah kita mengambil wuduk siap-siap di rumah. Kalau kita mati di pertengahan perjalanan pun, kita mati dalam keadaan berwuduk.

Dalam sebuah hadith yang terkenal, Rasulullah s.a.w bersabda:

            “Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (iaitu pada Hari Akhirat). (Salah satunya ialah) seorang lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid.”
                                                         (Bukhari & Muslim)

          
Kalau kita rajin ke masjid/ surau, sudah tentu kita akan termasuk ke dalam golongan mereka yang akan mendapat naungan Allah.

Akhirnya, dalam sebuah hadith lain, pesan baginda s.a.w lagi:
            
“Barangsiapa berjalan ke masjid pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan menyediakan baginya di dalam syurga satu rumah jamuan setiap kali dia pergi ke masjid.”
                                                       (Bukhari, Muslim, Ahmad dll)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRI ABE KIE KALI INI. 

8 comments:

  1. banyak kelebihan solat berjemaah ni...Thanks for sharing this article abe kie..:D

    ReplyDelete
  2. rajin-rajinkan diri berjemaah.. :)
    nice sharing abah!

    ReplyDelete
  3. Banyak pahala jika kita berjemaah :)

    ReplyDelete
  4. Sabda Rasulullah s.a.w:
    “Apabila seseorang itu telah berwuduk dengan sempurna dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka setiap langkahnya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa.”

    Komen saya:
    Nak ke masjid tu, kita dah sempurna kan wuduk kita? Kesempurnaan wuduk itu di atas apa? Pernah ke kita tanya pada yang berilmu?
    Etika masuk masjid, pernah ke ambil tahu. Nak kejar 27 kebaikan, tapi kita abaikan tertip masuk masjid. Silap2 bukan nya 27 kali lebih baik pahalanya, 27 kali bala dosa yang nanti dapat.
    Pesanan saya, ruang masjid adalah tempat yang paling suci untuk orang mukmim, dan tempat ibadah terhadap Allah.
    Memang bagus berjemaah di masjid, tapi kena ada ilmu nak beribadah kepada Allah, jangan semrono. Sabda Nabi Muhamad Rasul Allah: Kami lebih suka umat kami mencari ilmu kebenaran dari mereka beramal ibadah. Cari lah hadis Nabi kita.

    Dengan perbuatan ikut2tan kamu untuk mengejar pahala 27X tu, sebaliknya kamu menghina Allah.

    Kami berkata benar disisi Allah dan Rasul.

    ReplyDelete
  5. insyaALlah.. skrg ni agak liat sikit.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan salam singgah Jumaat Abe Kie...berjemaah adalah lebih baik..terima kasih di atas perkongsiaan ini..

    ReplyDelete
  7. Keutamaan berjama'ah lebih kepada para lelaki Islam.

    ReplyDelete