Sekian lama Abah Zuki membenarkan semua orang menulis komen di blog abah agar mudah bagi mereka untuk berkomunikasi dengan abah. Tapi malangnya kebaikan abah itu telah disalahgunakan. Dulu pelawat yang tiada akaun google dan wordpress boleh meninggalkan komen hanya dengan menulis nama dan URL blog mereka. Tapi kini tidak lagi kerana abah telah menukarkan tetapan komen itu kepada pengguna akaun berdaftar dan OpenID sahaja. Kenapa abah mengambil keputusan ini? Hah! Tengok print screen kat bawah tu!




Sekali abah tengok dalam spam box ada 7000 lebih komen spam dari robot dan ntah apa2 la. Geram tul! Ingatkan semua spam tu akan dikosongkan oleh blogger team apabila tiba masanya tetapi tidak! Terpaksalah abah delete satu demi satu. Letihnya! Sebenarnya abah dah set untuk menerima setiap komen kawan2 di peti emel Yahoo. Bila abah set kpd akaun google, wordpress dan OpenID maka komen anonymous tu dah x ada dan x akan sampai ke peti emel Yahoo. Syukur.



Selepas dibersihkan spam box di blogger sudah kosong. Yahoo! No more spam comment!