Friday, 23 May 2014

Cara Untuk Menambahkan Berat Badan


Assalamualaikum kawan2 yang disayangi sekalian,

Entri kali ni saya buat atas permintaan ramai, terutamanya kawan2 setugas dan murid2 abe kie yang begitu prihatin akan perubahan bentuk badan abe kie yang tidak semontel dulu. Mereka bertanya kenapa abe kie semakin kurus. Bimbang juga kalau abe kie ni kena penyakit. Kebanyakan dari mereka mahu abe kie memiliki badan yang sedikit berisi agar nampak mantap bila berjalan-jalan. Sebenarnya abe kie makan macam biasa cuma berat ni je yang x nak naik2. Makin turun ada la.

Sebelum Ramadan lalu berat abe kie 82kg. Tapi selepas raya ia turun kepada 76kg. Biasanya berat abe kie akan kembali ke tahap asal tapi sehingga hari ini cuma cecah 78kg aje. Ini tak boleh jadi. Sesuatu harus dilakukan. Jadi untuk entri kali ini abe kie telah meng-GOOGLE-kan diri sendiri, :') untuk mencari info yang berguna untuk menambahkan berat badan. Diharapkan kwn2 suka dan dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian korang. :) 

Berikut ialah tips yang abe kie sedang amalkan untuk menambahkan berat badan.

1) Makan 5-6 kali sehari.
Ingat ayat ni, "to get BIG, you have to eat BIG!" Makan makanan yang berkarbohidrat tinggi macam roti dan nasi, tapi hindarilah junk food yer kawan-kawan, kalau korang rasa makan junk food dapat tambahkan berat badan , ya mungkin betul tu. Tapi cara ini tak sihat sama sekali, percayalah berat badan korang mungkin bertambah tapi jangka hayat korang nescaya semakin berkurang. So, JANGAN! Ikutlah cara sihat, banyak lagi cara lain selain makan benda macam tu. 

 2) Bersukan dan olahraga.
Sukan atau olahraga sebenarmya dapat membantu menambahkan berat badan kerana apabila banyak tenaga yang keluar, korang mesti akan berasa lapar. Tapi memang umum tahu sukan ni sangat bagus untuk kesihatan, jadi rajin-rajinlah bersukan. 

3) Kurangkan merokok.
Bagi perokok pulak, usahakan untuk kurang atau lebih baik berhenti terus dan gantikan aktiviti merokok dengan mengunyah sesuatu seperti keropok, gula-gula getah dan sebagainya. 


4) Minum susu/milo/horlicks.
Sebelum tidur minumlah minuman yang hangat seperti minuman milo, susu dan horlicks. Susu khususnya, selain sihat juga dapat menggemukkan badan korang, khususnya susu full cream. Disarankan untuk minum susu jenis full cream dua kali sehari. 

5)Tidur sebanyak yang mungkin :D
Ni memang kena dengan jiwa saya. Saya suka tidur! hahahha. Korang disarankan tidur pada waktu siang sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam. Lagipun tubuh kita perlukan 8 jam minimum untuk berehat. So carilah masa untuk tidur, tau? 

6) Amalkan LEMAK BAIK, hindari LEMAK JAHAT
Lemak jahat ni macam kek, candy, chips dan makanan fast food macam McD, KFC, semua tu la. Yang ni korang kena hindari untuk mengelakkan penyakit. Lemak baik ni adalah makanan yang ada tinggi protein, tapi kurang lemak. Contohnya adalah ikan tuna (dan segala jenis seafood yang lain), dada ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan, dan selainnya. Ha.. yang ni baru korang leh makan selalu, k? 

7)Supplement?
Untuk tambahkan berat badan korang tak perlu pun benda alah ni, tapi memang benda ni berkesan untuk buat korang gemuk dengan cepat. Tapi benda ni hanya boleh diambil apabila ada good diet dan training program yang konsisten dan teratur. Boleh cuba minum susu weight gain yg boleh dibeli di farmasi. Tapi harganya mahal lah jugak..

Okay, itu saja tips yang dapat abe kie cari. abe kie ambik sini sikit, ambik sana skit, jadilah informasi macam yang tertera di atas.

:D Kalau korang ada nak kongsi tips kat bahagian komen dipersilakan. Sharing is caring kan? ;) So, again...Good luck kepada yang nak cuba tambah berat tuh! :) Termasuklah abe kie sekali!!!!

11 comments:

  1. lelaki kalau berat lebih kurang 80kg tu dah ok :)

    ReplyDelete
  2. Dulu time zaman-zaman sekolah menengah memang kurus lidi..sekarang dah naik dah..selera makan tinggi..

    ReplyDelete
  3. saya pulak kena turunkan berat abe kie

    ReplyDelete
  4. Dah baca macam cara.. tapi susah la nak tinggal mkan yang berlebihan ni huhuhuu :D

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/royal-belum-part-2-pulau-banding-di.html

    ReplyDelete
  5. sy nk turunkan berat badan.. nak naik tak yah tips pun cikgu.. hehe..

    ReplyDelete
  6. confirm tips ti tak boleh ikut..he..he

    ReplyDelete
  7. Arol dah bertahun jalankan misi tambah berat badan tapi masih belum berhasil. Setahun naik 1kg jek. :( Kuat makan tapi malas bersukan. Hahaha! Selalunya jalan kaki dari kampus ke asrama jek. :D

    ReplyDelete
  8. mama kalau boleh nak mengurangkan berta badan ni haa.. hihi

    ReplyDelete
  9. wah.. bgus ni... tapi sy jnis metabolisme tinggi, makan apa pun cepat aje kena serap...

    ReplyDelete
  10. Saya pun mmg nak kena tambah berat sikit ni... thanks sharing Abe Kie.. :)

    ReplyDelete
  11. Metabolisme rendah, insya-Allah gemuk. :)

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.