Kelmarin aku melihat bil air terselit di celah pintu rumahku sekembali dari sekolah. Bila dibuka, alangkah terkejut beruknya aku bila mendapati bil untuk bulan lepas mencecah RM143 termasuk tunggakan RM18 pada bulan sebelumnya. Memang sukar dipercayai kerana biasanya rekod bil air aku yang tertinggi cuma RM42 sebulan. Nak kata rumah aku buat bisnes air batu pun jauh sekali apatah lagi aku buat kolam renang untuk disewa oleh penduduk kampung ini!

Terdapat dua kemungkinan kenapa masalah ini timbul. Pertama, mungkin berlaku kebocoran saluran paip dalam tanah di rumahku atau pun meter air tu berpusing selaju planet Utarid! Aku sudah menelefon tukang paip untuk datang 'check' kebocoran paip tapi dia sibuk pula. Yang pasti aku kena pergi ke AKSB (Air Kelantan Sendirian Berhad) dan memohon penukaran meter air yang baharu.

Memang tak masuk akal kerana anak-anak aku pun jarang berada di rumah. Lagipun bila aku tengok bil TNB tadi cuma RM104 untuk bulan ini. Belum pernah terjadi dalam sejarah hidupku bil api lebih rendah daripada bil air. Orang heboh dengan kenaikan tarif letrik tapi sebaliknya tarif air yang naik.

Masalah tak henti melanda. Jadi aku perlu bersabar dalam menghadapi segala dugaan ini. In Sha Allah, benda ini akan selesai.

16 Comments

  1. rumah cik nor pon kna mcm tu gak a.kie..last sekali mak cik nor srh tukar semua batang paip lama tu.Nak tgk bil dia melambung ke tak..kat umah bukan ada orang pon tetiba bil melambung tinggi.nasib blh bil bayar separuh2..huhu

    ReplyDelete
  2. Amboiii..melampaunya bil air smpi mcm tu! Bukan tuan rumah je yg terperanjat..tukang baca pun tepanjat sama nih!

    Isk..naya sungguh la kalo kena byr gak bil tu.

    Bnyk2kan bersabar ya

    ReplyDelete
  3. salam blogwalking... blog y penuh info menarik... hehe... feel free join la my 1st contest http://alyanimatshah.blogspot.com/2014/01/blog-alyanimatshah-1st-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. Kena pindah Selangor tu . . . untung-untung bil elektrik dan air percuma..

    hehehe

    ReplyDelete
  5. bil air lebih tinggi dr elektrik.. kene check tu...

    ReplyDelete
  6. allah siye nyo ko abe kie haih.
    sabor jelah haih

    ReplyDelete
  7. betullah tu..takut ada yang bocor di bawah sana tu..kita tak nampak.

    p/s masalah tu ibarat ujian masuk ke tahun 2014

    ReplyDelete
  8. kalau nak kata ujian, semua manusia ada ujiannya, termasuklah bab-bab seperti ini... kena perhatikan betul-betul, mungkin kat bawah ada kebocoran ke, orang curik air ke.. hihi...

    ReplyDelete
  9. Tutup semua paip dan lihat meter. Kalau masih bergerak...sah memang ada kebocoran. Elok segera diperiksa dan dibaiki, jika tidak bulan depan bil masih tinggi.
    Syukur Alhamdulillah...dah lebih 5 tahun saya xbayar bil air...percuma! Hanya di Selangor, hehe! Jgn jeles :)

    ReplyDelete
  10. Banyak juga tu bang bil air..
    kena ambil tau jgk kenapa naik mendadak tu...

    ReplyDelete
  11. Duduk Selangor je bang...bil air murah...

    ReplyDelete
  12. kena bjimat cermat....heheh... brusha jadi pngguna yg bhemah!!

    ReplyDelete
  13. Takkanlah semata-mata bil air, nak pindah dok di Selangor. :)

    ReplyDelete
  14. Mahalnye bil air, dh mcm bka restoran lak

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.