Saya sudah selesai mengundi...
Hari yang ditunggu akhirnya tiba. Pada 5 Mei 2013 maka semua rakyat
Malaysia yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
Daddy juga tidak ketinggalan pergi membuang undi bersama ribuan
penduduk di Mukim Pangkal Meleret, Machang, Kelantan. Kawasan ini
terletak di dalam DUN Temangan dan Parlimen Machang. Seperti lazimnya
hanya BN dan PR sahaja yang berani meletakkan calon-calon di sini.
Daddy pergi ke pusat mengundi iatu SK Pangkal Meleret pada jam 10.15
pagi. Orang biasalah ramai jadi kena bersabar la. Ada 4 saluran
mengundi yang disediakan. Daddy mengundi di saluran ketiga yang
dikhususkan untuk golongan 30an. Saluran keempat tu untuk golongan
muda dan pengundi-pengundi baru. Mungkin pada PRU yang ke14 Daddy akan
dinaiktarafkan ke saluran 2 plak!
Proses pengundian tidaklah sukar pun. Mula-mula tiba di sekolah tu
kenalah cari pos parti masing-masing untuk mengesahkan kehadiran dan
mendapatkan nombor saluran dan no daftar pemilih. Selepas tu masuklah
ke pusat pengundian dan pastikan anda beratur di saluran yang betul.
Kemudian bila hampir tiba giliran anda maka masuklah ke dalam kelas
tersebut sambil menunjukkan kad pengenalan anda. Selepas tu jari
telunjuk kiri akan dicalit dengan dakwat kekal (sebenarnya ia dah
tanggal bila Daddy basuh dengan Axion tadi!). Kerani seterusnya akan
memberikan kertas undi dan anda boleh ke tempat yang dikhaskan untuk
memangkah calon pilihan anda. Setelah selesai memilih, sila masukkan
kertas undi tersebut ke dalam bekas kaca yang telah ditandakan.
Selesai........
Sekarang ni bersama-samalah kita tercongok di depan TV untuk mengetahu
keputusan pilihanraya kali ini. Dengar khabar keputusan yang pertama
bakal diketahui seawal jam 8.30 malam. Siapa yang kalah tu janganlah
merusuh tau!
4 Comments
Sy bru settle...xsempat nak bergambar...sbb hari nak hujan..
ReplyDeletedeno tak amik gambar.. huhu.. btw, bila daddy tunjjk mcm tu, mcm satu malaysia!
ReplyDelete@wan hayden: syukurlah kita semua sudah selesai mengundi..
ReplyDelete@deno: syukur deno masih mampu ke pusat mengundi...get well soon, ok?
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.