MUSIM cuti sekolah akhir tahun adalah masa ibu bapa mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga tersayang sama ada ke luar negara dan juga ramai yang melancong di dalam negara sahaja. 

Tempat idaman sudah tentunya ke pulau-pulau seperti Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Pinang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan tempat tumpuan pelancong yang popular seperti Melaka Bandaraya Bersejarah, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Kota Bharu yang sentiasa penuh sesak dan bilik-bilik hotel serta resort dan inap desa begitu mendapat sambutan yang sentiasa penuh ditempah hingga akhir bulan Disember. 

Di sini tampak betapa rakyat Malaysia bukan sahaja mampu berjalan makan angin bersama seluruh keluarga yang menunjukkan kemakmuran penduduknya tetapi juga berpeluang melihat keindahan negara sendiri. 

Dalam pada itu, mengapakah pihak pengurusan hotel dan resort seolah-olah mengambil kesempatan menaikkan harga sewaan biliknya sedangkan percutian cuti sekolah akhir tahun yang panjang ini adalah memberi peluang kepada rakyat kita sendiri bercuti bersama keluarga dan sepatutnya harga bilik dikurangkan lagi, bukan dinaikkan kadangkala sekali ganda daripada harga biasa. 

Di manakah keprihatinan pengusaha-penguasa tempatan yang melaungkan semangat kenegaraan dan rasa kekitaan bertanggungjawab serta ada rasa tolak ansur sesama kita. 

Begitu juga ada di antara pelancong tempatan terkilan seolah-olah tertipu kerana bilik yang ditempah di beberapa hotel terutama berhampiran dengan pantai melalui Internet itu 'indah khabar dari rupa'. Apabila melihat gambar Internet, rupa biliknya cantik dan kemas tetapi apabila tinggal di sana didapati bukan sahaja ada yang bocor sana sini, ada yang mengeluh alat penghawa dingin gagal berfungsi dan sebagainya. 

Diharap pengusaha hotel dan resort hendaklah sentiasa memantau dan bukannya kerana ingin mengaut untung berlebihan seolah-olah adanya rasa tamak tanpa memperdulikan hak pelanggan dan malangnya pelanggan itu pula adalah rakyat tempatan sendiri. 

Ambil iktibar di setengah-setengah negara, harga sewaan bilik hotelnya ditawarkan harga jauh lebih murah kepada rakyat mereka sendiri daripada pelancong luar kerana semangat cintakan negara dan sudah tentu penduduk tempatan diberikan keutamaan dahulu.

7 Comments

  1. Strategi perniagaan..yang penting, masyukkkkkkkk

    ReplyDelete
  2. betol tu dad..takpe kalau mahal harga sewa...semua kemudahan ade kan..

    ReplyDelete
  3. kalau sy memang tak pernah tempah bilik melalui internet...sy tak puas hati selagi tak nampak sendiri...ni kira percutian dlm negeri.

    ReplyDelete
  4. @Amin: biasalah hotel2 naikkan kadar sewa bilik masa cuti sek. nak tak nak terpaksalah byr...apa kata kalau kita bercuti time bkn cuti sek? mesti murah kan?

    ReplyDelete
  5. @Nao Mei: Harap2 servis n kemudahan tu sepadan la dgn harag yg kita byr. if not kita complain kat bapak dafi..heheheh

    ReplyDelete
  6. @PCL: sy tempah apartment di CH guna phone je...apartment OK cuma masa saya sampai tu diiringi oleh bunyi bising org tgh drill lantai di umit bawah. bengang tul!

    ReplyDelete
  7. biasanya mcm tu kan.. pernah juga terkena mcm tu.. dlm gambar kemain cantik, tapi realitinya.. kecewa betul

    p/s: AL-FATIHAH buat rakan SLE... arwah adik Farah Najwa...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.