Di negeri miskin itulah,
Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat.

Di negeri miskin itulah,
Seorang PM boleh berhilai tawa menghina Kelantan.

Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mengenal mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

Di negeri miskin itulah juga,
Ambo dilahirkan dan dibesarkan .

Syukur padaMU ya ALLAH.


P.S. Entri ini tidak ada kena mengena dengan pegangan politik Daddy Zuki tetapi cuma ingin berkongsi rasa syukur dan bangga kerana dilahirkan sebagai anak Kelantan.

29 Comments

  1. Ermm xsilap saya KB Mall tengah buat extension sekarang ni. Nak tambah Cinema kat tingkat atas.

    Tentang cuti idah, well kalau saya seorang boss saya mmg tak kan gajikn pekerja perempuan. biar semua lelaki. bazir duit je bagi gaji free. lagi2 jenis yg tiap2 tahun beranak ni. nyusahkan je.

    well xyah layan sangat la tuduhan kata kelantan miskin tu. sama je level kekayaan penduduk setiap negeri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ttg pekerja wanita yg selalu beranak tu memang sy pun x suka. sampai 7 org anak mrka hasilkan sdgkan kerajaan kasi sampai 5 je cuti bergaji penuh. mcm guru2 pompuan ni kalau beranak kesian la kat murid2 tu..kalau ada guru ganti x pe la...ni tidak..sbb JPN kata di awal thn blom ada peruntukan...huhuhuhuhu

      Delete
    2. tak mengapalah Tuhan nak bagi rezeki lebih utk beranak sampai 12 orang sekali pun...

      nantilah bila masing2 terberanak sampai dekat sedozen, barulah tersedar nanti...

      anak rezeki yang Tuhan beri, janganlah berlaku zalim terhadap ketentuan Tuhan..

      Sedangkan "kemaluan" sendiri pun sukar hendak kawal daripada stim, apatah pula urusan memberi zuriat dan rezeki....

      Delete
  2. Sungguh itulah hakikat yg buat kakak salute. Negeri yg dikatakan miskin tapi rakyat yg segama dgn kakak maju berbanding negeri lain. Apa guna kaya kalau yg kaya bukan saudara sendiri.

    Ingat mereka yg dikatakan miskin tapi tidak diberi bantuan, tunggulah hari pengiraan kelak dimana tanggung-jawabnya sebagai pemimpin adakah telah dilaksanakan dgn adil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu akak...sedara sebangsa n seagama ditindas dek kerana perbezaan fahaman politik...

      Delete
  3. Hidup Kelantan! Walaupun saya orang Kedah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks megat..kelate n kedah buleh berbaik la kalau mcm ni...

      Delete
  4. Salam...dah lama tak pi ke Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. jemputlah ke kelate lagi. boleh gak jumpa kwn2 lama..

      Delete
  5. sy pon setuju ngan kak zakie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sbb setuju dgn pandangan kak zakie tu...

      Delete
  6. saya ramai kenalan org Kelantan namun lidah sy tak boleh nak ikut dailek bahasa kelate...tu yg ralat sangat..everything is ok. pertama kali sy belajar makan laksa berkuah dgn tangan...best ! Kelantan ada di mana-mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam PCL, dulu masa dok KL bila cakap x kuar slang kelate tp sejak 12 thn balik kg maka x lehh cover doh slang kelate bila try kechek BM standard...huhuhuhu...jom tukar2 link? tq.

      Delete
  7. Tak der sesiapa yang berhak merendahkan diri seseorang, negeri orang, negara orang....agama orang...
    Kelantan the Best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq atas sokongan abe hanif tu..i really appreciate it!

      Delete
  8. ramai yang tak tahu mengenai perkara ini, thanks for sharing

    ReplyDelete
  9. Di mana-manapun kita adalah sama. Yang membezakan kita hanyalah iman dan amalan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju sgt dgn kenyataan kak salmi tu..thanks.

      Delete
  10. saya pun suka Kelantan... -Yob Perak-

    ReplyDelete
  11. hye.! singgah sini + nak komen ni.. hee =)

    hope dapat menjelajah ke kelantan... =)



    agak2 free tak.?? jom join satu segmen..

    http://fasyrah89.blogspot.com/2013/01/hanif-idrus-giveaway-2013-segmen.html

    if tanak join takpe.. tapi drop komen la kt situ ya.! =) boleh kan.??

    thx.! =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. InsyaAllah daddy akan join. give me some time as I am pretty busy right now. thanks for inviting..

      Delete
  12. agaknya bila lah nak pijak kaki ke kelantan .menarik entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..daddy pun teringin nak ke papar kembali selepas 12 thn x ke sabah..

      Delete
  13. deno bangga jadi anak terengganu dan rakyat malaysia

    ReplyDelete
  14. @deno: sudah semestinya kita kena bangga dgn negeri n negara kita kan?

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.