Jangan guna domain dotmy sebab ia bermasalah!
Pada jam 8.44 malam, hari Sabtu 26 Jan lalu aku menerima SMS dari pingdom.com yang memaklumkan bahawa blog aku tidak dapat diakses. Sebelum ni okay aje. Blog aku boleh dibuka tanpa sebarang masalah. Lalu aku on9 dan cuba buka blog aku yang menggunakan domain dotmy iaitu www.juk.my. Memang sah! Ia x dapat diakses!
Terkejut besar aku sebab hujung minggu dan cuti am pulak servernya down. Terpaksalah sabar. Esoknya aku menghubungi asiahost.cc menerusi support ticket dan mereka balas dengan perenggan berikut:
"Greeting to All Our Customers,
We just moved our DNS server to bigger size and CPU Usage. From this migration, your Web should not have any problem and all problems you are facing right now is because our DNS ISP taking too long time to resolve the DNS. If you want faster DNS, you can change to Google DNS and here I attach a tutorial to change your DNS to 8.8.8.8 and 8.8.4.4"
Sebenarnya perenggan asal di atas ada sedikit kesalahan 'grammar' tetapi aku telah 'edit' untuk anda. Nampak benar x pro kan?
Lalu aku mengepos masalah ini di FB dan mujurlah insan berhati mulia iaitu Khairul Zamri sudi membantuku. Beginilah kenyataan Zamri di wallnya.
"Siapa tak bypass SKMM block xleh access blog dot my. baik punye company pakai server illegal. die leh bukak sbb die bypass...." — with Juk Din and 5 others.
Lalu aku tanya kat dia macam mana kalau aku nak akses blog tu. Zamri bagitahu boleh aje tapi cara ini hanya membolehkan mereka yang menukar kepada DNS Google yang boleh buka blog domain dotmy tu. Trick berkenaan ialah seperti berikut:
1. Mula2 right clik pada connection wifi anda.
2. Click
Status.
3. Click Properties
4. Click Internet Protocol Version
4
5. Tick pada Use following DNS server address. (Jangan pilih automatic DNS)
Preferred DNS server : 8.8.8.8
Alternate DNS server : 8.8.4.4
Clik OK, disconnect your internet connection. Connect back then you are done!
Terfikir pulak aku berapa kerat je blogger yang sanggup buat trick ini semata-mata nak tengok blog aku? Tak de guna aku buat blog cantik2 n entry yang bernas tapi x de orang nak baca dan komen kan?
Lalu pada jam 12.59 pm, Isnin 28 Januari 2013 aku telah mengambil keputusan drastik untuk menukar kembali domain aku kepada http://jukdin.blogspot.com bagi mengelakkan sebarang masalah yang bakal berbangkit pada masa hadapan. Biarlah menumpang di blogspot asalkan blog aku ni sentiasa UP sampai bila-bila. Jadi kepada kawan2 yang nak bercadang guna domain dotmy ni saya cadangkan agar anda lupakan hasrat hampeh anda itu. Kalau nak guna domain sendiri baik guna dotcom terus! Selamat dan gah di mata kawan2 blogger yang lain gitu! Hanis Zalikha si cantik manis pun terus setia dengan blogspot kan? Kalau nak guna domain sendiri memang dah lama dia boleh. X hilang pun serinya. Makin famous ada la.....
Pssttt..aku pun terpikat dengan dia...Heheheheheh
25 Comments
naseb baek tak tukar domain dot my hari tu , kalau tak mesti jdy mcm tu hehe
ReplyDeleteu terselamat. i yg silap sbb teruja sgt nak tukar. kan dah kena! huhuhuhu
Deletebtul3....
ReplyDeletetq sbb setuju.
Deletemcmna nak tukar ke blogspot balik eh?
ReplyDelete1. gi ke setting di dashboard blogspot tu.
Delete2. pilih setting, basic.
3. kat bhgn publishing to tu akan kuar URL domain dotmy kita tu. sebelahnyanya ada tanda pangkah.
4. klik je tanda pangkah tu. nanti ia akn tanya samada betul ke kita nak delete domain .my tu.
5. klik 'yes' and u r done!
good luck!
Banyak blog yg terkena...
ReplyDeleteApa pun mungkin ada hikmah di sebaliknya. Sabar ye tuan.
tgh sabar la ni dik. tq atas sokongan tu,,
Deletex tukar pun... masih gunakan blogspot.com dan berkira2 cam nak tukar .com jugak ni...
ReplyDeletedot my takde problem.. yg problem provider die.. kawan pun pakai tak sampai 1 bulan terus tukar domain kat provider lain.. untung dot my tu free so tak rugi pape.. cume yg rugi alexa rank la dah nak kurang 5000 tak sampai sebulan.. terpaksa mula balik
ReplyDeleteBeres gu ...
ReplyDeletenasib baik tak tukar....acctlly mmg dah reg. semua...cuma tak tergerak nk tukar ke domain dot my....hari ni bnyk cerita plk kluar pasal mslh domain ni...selamat
ReplyDeleteBaru tahu gini jadinya yerr....seb bek tak amik lagi .my nih...hehehe
ReplyDeletebetul 2 ramai yng dah buat n3 tentang ni !
ReplyDeleteskrg dah pulih tp daddy x nak pisang berbuah dua kali lalu daddy tukar kpd blogspot.com aje
ReplyDelete@Farah: tukar jgn x tukar dik!
ReplyDelete@Fariq: yes, rugi alexa rank n e-referrer. sy apply 2 bln barulah blog sy ni tersenarai di bing n yahoo.
ReplyDelete@relevan Sokmo: tq sbb masukkan sy ke dlm blog list demo.
ReplyDeleteEedi: pakcik tertipu!
ReplyDelete@Yas y: u selamat..i je yg jd mangsa dotmy ni..serik dah..
ReplyDelete@Kesuma Angsana: memang x syak lg!
ReplyDeleteha'ah kan... deno pun pakai domain dotmy.. tapi dah tukar balik ke blogspot.. dah taknak.. tawar hati.. dah serik.. ngajuk dah... huhu.. btw daddy, deno folow sini :) deno letak blog daddy dlm bloglist deno dah... salam kenal! :)
ReplyDeletesaya budak SLE.. jom!
www.dayangdeno.blogspot.com
@deno: thank you sbb follow blog daddy jd di sini daddy follow balik. satu lagi keburukan dotmy ialah kita wajib taip www di dpn url blog. kalau tidak pagw tu x kuar. kalau domain dotcom x de masalah...
ReplyDeletealang2 dah trbace, nak gak kasi btol kan sikit, hehe....
ReplyDeleteape yg skmm block? ade tak skmm isu pasal asiahost gune illegal server? huhu.. asiahost ni berdaftar, bleh cek kat mynic.. mane2 domain registrar pn knl asiahost.. jgn tabur tuduh, kang fitnah, susah..
bab pindah slalu setel dlm 24jam tp kbtln diorang ade mslh, nak buat cam mane..
p/s: ade gak blogger femes pkai domain berbayar :)
balasan komen untuk bro juk din reply komen deno: kburukan dotmy kene taip www?
ReplyDeletedotmy ni khas diberi bwh malaysia.. tak wajib tulis www tapi google akan redirect ke www.. cer tulis pakaian.my.. cer taip lak amanz.my, takyah pn www... stiap server lain cara diorang.. ok jer tak tulis www pun :)
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.