MARILAH kita berhenti bicara soal politik yang menyesakkan seketika dan melihat pada permasalahan kami, para duda yang terbiar tanpa dipedulikan ini.

Pelamin anganku musnah, kusangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Itulah kata-kata yang tepat untuk nasib kami yang semakin ramai ini. Kami juga pada mulanya berimpian agar mahligai yang dibina berkekalan, namun takdir tidak menyebelahi kami.

Punca perceraian kami juga adalah seperti kebanyakan janda tetapi tidak adalah antara kami yang berpisah kerana tak rela dimadukan. Seperti wanita yang menjadi mangsa lelaki, kami juga menjadi mangsa kedurjanaan wanita. Kejamnya wanita!

Jika wanita menzalimi wanita dengan merampas suami orang maka kami juga begitu, tidak sangka ada lelaki yang merampas isteri kami. Kejamnya lelaki ini!

Nasib kami juga adalah ibarat tebu, habis madu sepah dibuang. Wanita agak beruntung kerana sekiranya habis madu, mereka masih dapat bermadu.

Masalah kami ialah duda tidak selaris janda. Ini kerana tiadanya wanita bermata keranjang yang cuba menggoda kami. Namun janganlah mengambil kesempatan atas kelemahan kami.

Ingin rasanya menubuhkan Persatuan Bapa Solo, ini mungkin menjadikan hidup lebih bermakna. Barangkali boleh diadakan aktiviti berdangdut pada malam minggu.

Kerap juga di muka pintu menunggu lamaran namun hampa. Di mana kan ku bawa hati yang lara ini?

Nukilan:

Duda Kacak Bergaya,
Taman Bukit Setiawangsa,
Kuala Lumpur. 

Sumber: Utusan Malaysia, 21 April 2009 
Follow my blog with Bloglovin

18 Comments

  1. Replies
    1. memang la bunga bukannya sekuntum...tetapi perlu berhati2 dlm mencari kuntum itu agar x tersalah pilih...

      Delete
  2. Jodoh pertemuan, ajal dan maut susah hendak kita ketahui. Macam putus asa bunyinya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang putus asa pun sbb kasih tak sampai. tp apa2 pun saya percaya kpd qada n qadar..

      Delete
  3. setuju ngan kakzakie !

    ReplyDelete
  4. duda kacak bergaya tu..ramai lagi yang tak nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la bro..mungkin skrg org pilih yg byk duit aje..

      Delete
  5. Duda x jumpa lagi si tulang rusuk kiri yg sebenarnya kan?insyaallah ada la tu nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. i hope so. moga sinar terang akan menerangi hidupku...

      Delete
  6. takyah la abe harap sangat dengan tino ni. xde maknanya. better hidup solo je. saya pon plan nak stay solo je ni. hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. x nak la solo sampai ke tua...cuma buat ini lebih rela sendiri..x yah pening kepala....

      Delete
  7. erk..speechless membaca entri duda kacak bergaya ni.. bukanka duda pun laris juga dan diminati gadis2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg sudi jd awek ada la tp yg sesuai dibuat bini x de..masa bercinta semuanya sanggup dibuat..janji dipadu..bila dah kahwin baru tahu yg pasangan dia tu x seperti yg dia harapkan..

      Delete
  8. jodoh pertemuan tu di tangan tuhan.. Insyaallah ada le tu nanti.. pa pe pun liya doakan yg terbaik yer daddy zuki ye.. ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Liya krna mendoakan utk kesejahteraan Daddy.

      Delete
  9. setiap manusia diciptakan berpasang2an... sampai masanya akan tiba jodoh tu... saya doakan yang terbaik yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq farah krna memahami permasalahan jiwa ini. semoga penantian ini akan berakhir. Amin...

      Delete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.