Pada minggu lepas saya telah berkunjung ke Kedai Buku Banggol, Tanah Merah, Kelantan untuk meninjau mana-mana buku terbaharu yang menarik untuk dibeli. Selalunya kunjungan saya ke kedai buku akan berakhir dengan pembelian sekurang-kurangnya sebuah buku. Apabila masuk ke dalam kedai saya tertarik untuk ke rak buku agama dan terpandang dua buah buku kompilasi soal-jawab agama Ustaz Azhar Idrus. Memang saya mengikuti ceramah beliau di youtube dan Astro Oasis kerana bagi saya dia adalah seorang tokoh agama yang berwatakan selamba, humor dan berani menyampaikan kebenaran menjadikan beliau disegani dan mudah didampingi oleh sesiapa sahaja. 

Baiklah, saya tak mahu berceloteh panjang. Buku pertama Ustaz Azhar Idrus yang saya beli bertajuk 'Anda Bertanya; Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa' terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. Buku ini berharga RM15 dan selepas diskaun 20%, harganya ialah RM12 sahaja. Buku ini menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan yang rumit yang mencabar pemikiran seseorang menjawabnya. Segala soalan dihimpun oleh penulis hasil soal jawab orang ramai kepada Ustaz Azhar Idrus. 

Manakala buku kedua pula bertajuk 'Anda Bertanya; Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat' yang berharga RM25. Harga selepas diskaun ialah RM20 sahaja. Buku ini adalah kesinambungan daripada buku yang pertama. Ia disusun melalui himpunan soalan-soalan dari masyarakat umum tentang kekeliruan yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka. 

Selain daripada itu, buku ini juga mengupas persoalan dalam kehidupan umat Islam yang merangkumi aspek berikut: taharah, wuduk, Al-Quran, soalat, jual beli, pembahagian harta, zakat, puasa, hudud, semebelihan, akikah, wanita, halal haram dan isu semasa. 

Jadi apa lagi kawan-kawan yang beriman sekalian? Cepatlah beli dua buah buku ini sebelum terlewat. Apalah sangat nilai wang yang ada berbanding dengan ilmu yang bakal kita akan dapat, kan? Boleh juga didapati di kedai-kedai buku utama seperti Popular, MPH, Kinokunuya dan Kedai Buku Mamak!

11 Comments

  1. buku Anda Bertanya; Ustaz Azhar Idrus Menjawab tu dah beli..memang bagus..kompilasi daripada soalan yg biasa orang tanya ade dalam buku tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukurlah u dah beli satu. nampaknya ramai peminat UAI di serata negara skrg!

      Delete
  2. selalu jgk dengar ceramah die kt youtube.. die mmg sempoi! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. penceramah yg sempoi mcm ni la org suka. x nak yg serius n beri ceramah dgn pengisian yg berat2.

      Delete
  3. menarik UAI dah buat buku, insyaAllah akan dapatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK, Abg Denaihati..bila dah beli tu maklum la kat sy. tq.

      Delete
  4. buku best seller ni,
    mesti enjoy baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ahs: meme la best cikgu..sy dah khatam kedua2nya..

      Delete
  5. dekat sini takda jual..teringin sgt nak dptkan buku ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. u tinggal di mana? sy boleh belikan utk u..kedai buku tu dkt umah sy je...thanks.

      Delete
  6. bahasa dalam buku tu senang faham tak, ke ada dialek terengganu?

    www.qiyasaad.blogspot.my

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.