Lili dan Yaya cuma sempat bergambar di depan kedai cenderamata kerana tak cukup duit nak beli barang.

Pada 27 November yang lalu aku dan anak-anak iaitu Anis, Alis dan Alin serta saudaraku dari Ajil, Terengganu telah melancong ke Cameron Highlands selama 3 hari dan 2 malam. Kami bertolak dari Tanah Merah, Kelantan pada jam 10 pagi melalui Machang, Kuala Krai, Gua Musang, Lojing dan sampai di destinasi kami kira-kira 4 jam kemudian. Setibanya kami di Tanah Rata, ejen pelancongan bernama Shahar membawa kami ke tempat penginapan iaitu Rose Lily Apartment. Sewanya ialah RM200 semalaman. Kemudian kami menikmati makan tengahari di Restoran Selera Kelate.

Tempat penginapan Rose Lily Apartment yang indah khabar dari rupa. RM200/mlm tapi tak ada TV LCD.

Pada malamnya kami cuma keluar makan di medan selera dan menu pada malam itu ialah yong tau fu dan sate. Pada keesokan harinya kami mula melawat tempat-tempat yang menarik seperti Ladang Strawberi Al-Mashoor di Kampung Taman Sedia dan Ladang Teh Bharat. Kami mengambil peluang beberapa keping gambar sebagai kenangan.

Bergambar di Ladang Strawberi Al-Mashoor terletak di Kampung Taman Sedia, satu-satunya kampung Melayu di CH.

Selepas penat berjalan-jalan di ladang the dan strawberi lalu kami pun membeli-belah di gerai-gerai yang terletak di sepanjang Jalan Berinchang. Pelbagai barang yang kami beli seperti strawberi, pemegang kunci, baju T, teh, kopi dan coklat. Banyak jugalah duit yang terbang pada petang itu.

Macam asyik je pilih barangan tapi satu pun tak beli sampai Apek tu pun pening kepala dengan gelagat kami.

Dalam perjalanan pulang ke apartment, kami berhenti makan di Medan Selera Tanah Rata. Perut sudah berkeroncong kerana jam telah menunjukkan ke angka 3. Selepas makan kami pulang ke tempat penginapan tetapi tidak boleh berehat kerana unit di tingkat atas sedang digerudi lantai dan dindingnya menyebabkan bunyi bising yang teramat sangat. Geram sungguh aku dengan kontraktor yang tidak berhati perut itu.

Meneliti kaktus mini. Semuanya cantik tapi aku tak beli pun. Malas nak maintain la. Pakcik sibuk sengoti lo ni.

Pada malamnya aku dan anak-anak cuma menikmati makan malam dan menonton TV. Kebetulan pada malam itu ada perlawanan bolasepak Piala Suzuki Malaysia menentang Laos. Hujan yang turun menyebabkan malam semakin sejuk dan aku sukar untuk tidur. Seingat aku, mata ini cuma terlelap pada jam 4 pagi dan 2 jam selepas itu aku sudah terjaga!

Bersiar-siar di Ladang Teh Cameronian milik Bharat Group. Harga teh di sini lebih mahal dari kampung aku di Kelantan!

Pada 29 November kami bertolak pulang pada jam 10 pagi. Kerana aku tidak tahan mengantuk, saudaraku, Cikgu Shamsani mengambil-alih pemanduan kereta sebaik sahaja kami sampai di Lojing. Tapi aku tidak dapat melelapkan mataku sepanjang perjalanan pulang itu. Hujan mulai turun di Gua Musang hingga ke Machang menyebabkan trafik bergerak perlahan. Kami berhenti makan di Machang selama 30 minit dan akhirnya selamat sampai di rumah pada jam 3.15 petang.


Sebelum pulang ke Kelantan, aku sempat membeli buku kecil tentang sejarah Cameron Highlands.

InsyaAllah pada cuti sekolah yang akan datang aku akan membawa anak-anakku ke destinasi lain pula seperti Pulau langkawi atau Pulau Tioman.
posted from Bloggeroid

32 Comments

  1. tentu seronok n enjoy anak2 kan...ye lah pd musim cuti panjang begini lah anak2 nak berehat juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang la enjoy sakan akak nora. cuma letih dan mengantuk sbb x cukup tidur di tempat org. Ada rezeki nak gi negeri lain plak.

      Delete
  2. Seronoknya gi cmrn hglnd...sejuk...
    Tq mskkan blog KM7 dlm blog list anda.
    Link blog anda jg sdh dmsukkn dlm blog list 2 KM7.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam KM7. sejuk tu meme la tp x sesejuk dulu. lps asar baru terasa kedinginannya. sama2. kira win-win sutuation. dulu sy ada blog lain tp atas sbb teknikal blog tu ditutup. syg tul. now kena mula dari bwh utk promote blog kerdil ni.

      Delete
  3. Tentu gembira anak2 Daddy Zuki dibawa melancong ke CH tu.

    Yang best tu pergi jauh2 cari masakan Kelate jugak .... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Anak2 hepi sgt. sy je yg ngantuk n letih..
      kalu buleh cari masakan Kelate tetap ku gagahi..lainlah kalu melancong ke Luxembourg tu..tak dapek la den nak merasa nasi kerabu...hehehehhe

      Delete
  4. Salam
    Cameron Highland memang tak jemu dikunjungi. Insyaallah saya dan family sedang berpakat memilih tarikh yang sesuai kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam abg ariff... memanglah best kalau sekali-sekala ke sana. cuma jln yg berliku2 itu aje yg menyebabkan kita perlu berhati2. kalau dah pegi sana jgn lupa bgtahu sy. tq.

      Delete
  5. hari tu sy lalu je ms nk dtg KL. insyaAllah kalau berkesempatan mahu tido sana pula. mesti lagi best

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tdo mlm di CH sbb sejuknya lain mcm aje...

      Delete
  6. Tiad yg paling menggembirakan anak-anak masa cuti bila dapat melawat tempat-tempat begini.

    Teh di sana memang mahal. Tap kalau di Brinchang rasanya murah sikit. Biaslah di M'sia mkin ramai pelandung makin mahal harganya hairankan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. kalu jln2 anak2 yg suka..tp kat brinchang pun mahal jugak la akak..pas ni nak gi genting plak..

      Delete
  7. wah gi jenjalan ya cikgu.. tahun ini maza gi melancong di tempat sama.. cuma lebih awal dari cikgu...

    sudah dua kali maza menginap di situ.. pernah bermalam ketika hujan di petang hari sudah berhenti.. malamnya cukup dingin sekali.. kalau tidak biasa memang payah mahu lelapkan mata... tapi asyik dong.. hahahaha

    ReplyDelete
  8. As-salam
    Seronoknya dapat bercuti dengan anak-anak. Kesempatan bercuti itu satu rezeki, demikian juga pengisiannya. Ada kalanya kita memperolehi keseronokan dan kepuasan dan ada kalanya, sebaliknya. Namun, kita tetap bersyukur dengan apa yang telah ditetapkan oleh-Nya untuk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Temuk : Ya, masa masih sihat ni la kita nak jln2 sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Yg baik jdkan teladan yg buruk jdkan sempadan. Harap abe Temuk sihat sokmo. Amin..

      Delete
  9. sy baru je g CH. tp tk sempat g byk tempat. tk sempatg kebun teh :(

    lain kali nk g lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam akak Afasz, kenapa x sempat tu? sy spend 2 hari di sana rasanya dah lebih drp cukup. InsyaAllah ada rezeki akak buleh gi lagi...

      Delete
  10. homestay taman sedia tu ok jugak..berbaloi...cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kamsiah: salam. berapa kadar sewa homestay di tmn sedia tu?

      Delete
  11. Salam daddy, bestnya dapat berjalan-jalan ke sana. Cik F ni tak berpeluang lagi nak ke sana. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Cik F: x apa..pakat molek2 dgn classmates. pas tu buat la trip ke tempat2 peranginan. murah sikit. InsyaAllah buleh tu..

      Delete
  12. bercuti best tapi tang apartment tu pula spoil mood, kan..

    lain kali, duduk kat Country Lodge Resort – saya suka apartment ini, hanya di belakang Balai Bomba Brinchang. Nak keluar makan pun cuma jalan kaki je turun ke Brinchang, tak perlu nak memandu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mula2 gi dulu sy dok di hotel rosa passadena di berinchang tu...yg kedua ni nak try tanah rata plak...bape kadar sewa di country lodge resort tu?

      Delete
  13. dah lama tak pi sana, memang seronok btl

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan pergi ke sana saudara Sharinginfoz..

      Delete
  14. niat nk prgi situ ade.. tpi x prnah sampai lgi.. insyallah klu ada rezeki nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. ajak semua ahli keluarga n sedara-mara buat rombongan ke sana. pasti best!

      Delete
  15. AKu org sg koyan...sejam je klau nak naik CH nih...la ni biasanya kalau nak gi tak tido sana dah....balik hari jerr...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru sy tahu ttg laluan sg koyan tu..baru dibuka ke?

      Delete
  16. bila bercuti kat indonesia,especially kat bandar medan & tasik toba, MAKE SURE agency tuh LEGALLY REGISTERED or NOT!!! jangan ambik pakej dari freelancer pulak bila nak cuti-cuti akak lancar dan takde kendala. sebab NOWADAYS dah ada aturan pulak EACH & EVERY TRAVEL AGENTS MUST BE LEGALLY REGISTRED AS COMPANY!!
    NOT INDEPENDET OR FREELANCER!!

    The Best Travel Agent Medan - #LegallyRegistered
    ENJOY HOLIDAY MEDAN TOUR AND TRAVEL
    Mobile/WhatsApp/Line/Wechat : +62852 7012 6984
    Email : enjoyholidaymedan@gmail.com
    Office Telp : +626180019762
    Pin BBM : 75889E08

    Click Us!
    Website : www.enjoyholidaymedan.com
    Blogsite: http://discover-medan.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Assaamualaikum saudara. Saya ingin tahu di mana saudara membeli buku tentang sejarah Cameron Highlands tu?

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.