Kemeriahan Hari Raya Aidil Adha di Kelantan
Sambutan Aidiladha di Kelantan lebih meriah berbanding Aidilfitri? Itu sebenarnya satu kenyataan tidak tepat. Memang sambutan Aidiladha atau Hari Raya Korban di Kelantan meriah, tetapi tidak semeriah sambutan Aidilfitri.
Mungkin kemeriahan Raya Korban di Kelantan terserlah kerana dilihat meriah berbanding di negeri-negeri lain. Ia sebenarnya disebabkan acara korban yang diadakan secara beramai-ramai.
Ia diadakan melibatkan keluarga atau diuruskan oleh pemilik asal lembu itu. Jadi, individu melakukan ibadat korban dan seluruh ahli keluarga akan terlibat dalam aktiviti menyembelihan, melapah dan urusan yang berkaitan.
Mereka akan berkumpul beramai-ramai di tempat korban. Suasana nampak meriah. Tidak kira kecil besar, tua muda, lelaki dan wanita akan bersama-sama di tempat korban.
Kalau yang ingin terlibat secara langsung dengan kerja-kerja penyembelihan dan memasak, maka pakaian yang dipakai adalah mengikut kesesuaian tugas. Namun, tidak kurang juga, terutama di kalangan remaja perempuan akan berpakaian cantik selayaknya untuk sambutan hari raya.
Penglibatan semua ahli keluarga bermula dari lembu direbahkan, disembelih, dilapah dan pengagihan daging korban. Seawal sebaik selesai sembahyang sunat Aidiladha, masing-masing ahli keluarga akan bergerak ke tempat acara korban akan diadakan.
Boleh dikatakan di setiap penjuru kampung akan kelihatan majlis korban diadakan. Fenomena ini menwujudkan satu kemeriahan.
Ada acara dibuat di dalam kebun, di tepi tali air atau setidak-tidaknya di tepi rumah. Yang memilih diadakan di dalam kebun kerana kawasannya luas dan tidak timbul soal mengotorkan kawasan yang jauh dari rumah.
Faktor kemeriahan ini turut menggamit anak-anak Kelantan yang berada di perantauan pulang meraikannya kerana semangat Aidiladha tidak dapat dirasai di tempat lain.
Sebab itu, penduduk asal Kelantan yang tinggal di luar akan berusaha pulang berhari raya di Kelantan. Jika ada yang berkahwin dengan pasangan bukan asal Kelantan, mereka sanggup berkomporomi pulang berhari raya di rumah pasangan pada Aidilfitri asalkan dapat pula berhari raya Aidiladha di Kelantan.
Kemeriahan acara korban di Kelantan memang meriah kerana tradisinya. Daging korban yang mula-mula dilapah akan terus diambil untuk dimasak untuk dihidangkan kepada mereka yang hadir di majlis itu.
Selain kesibukan melapah daging yang biasa dilakukan kaum lelaki, kaum perempuan pula akan sibuk di dapur untuk memasak.
Masakan akan siap sebaik acara melapah dan mengagihkan daging kepada tujuh bahagian selesai. Masakan cukup ringkas, tetapi cukup bermakna untuk dihidangkan kepada semua.
Agihan daging korban kepada setiap orang melaksanakan ibadat korban akan dibawa pulang ke rumah masing-masing. Selepas itu pulalah baru daging-daging itu akan diagihkan kepada golongan fakir miskin, ahli keluarga dan jiran tetangga.
Proses agihan daging korban ini juga mewujudkan suasana kemeriahan dan ukhwah seluruh masyarakat. Wujud tanda ingatan dan saling berhubungan.
Kredit pemilik gambar








11 Comments
dapat makan daging fresh lepas penat melapah fuhhh memang heaven!
ReplyDeletealhamdulillah... itu kemeriahan yang takde di tempat lain...
ReplyDeleteEntah kenapa dari dulu lagi saya rasa Hari Raya Aidiladha paling meriah di belah Pantai Timur berbanding tempat lain di Malaysia 😅
ReplyDeleteseronoknyaaa semua bergotong royong.....
ReplyDeleteKelantan memang meriah dengan sambutan aidiladha
ReplyDeleteTukang buat sup tulang memang di alu-alukan di tempat korban!
ReplyDeleteSaya jarang makan daging qurban ni uncle, sebab tak bisa saya makan kambing.
ReplyDeleteTapi kalau daging sapi, saya sukaaa betul.
meriah suasana aidiladha di sana kak pernahh raya di sana lama dulu
ReplyDeleteSedapnya semua masakan daripada daging korban sebab manis dan lembut dagingnya. Ramai yang kata Aidiladha lebih meriah berbanding Aidilfitri di Kelantan
ReplyDeleteBetul tu Abam Kie, bab kompromi giliran raya tu memang realiti! Ramai kawan SA yang pasangan orang luar sanggup beralah masa Raya Fitri, asalkan Raya Haji dapat balik Kelantan. Nak merasa suasana 'pesta' satu kampung sembelih lembu punya pasal. Seronok tengok gambar-gambar ni, meriah sungguh!
ReplyDeleteadik bongsu ammi kahwin dengan org kelantan. So, sekarang bila arwah mama dah takde, ammi & along bagi jelah peluang pada dia dan adik ipar beraya dengan mak dorang tiap kali raya. Sementara masih ada orang kata. Kakak-kakak ni kita jumpa lepas raya pertama & kedua pun boleh...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.