Kenapa Kita Tak Perlukan Rumah Yang Besar?
Dulu masa kecik,
setiap kali lalu rumah agam besar-besar ni,
saya akan fikir satu benda:
“Bestnya kalau duduk rumah ni…”
Boleh main sorok-sorok.
Boleh lari sana sini.
Boleh jerit dari tingkat atas ke bawah.
Dalam kepala budak kecik,
rumah besar = hidup paling bahagia.
Baru ni,
Adik saya menyewa satu villa banglo yang besar.
Dan kami bermalam di situ.
Sekadar 1 malam je pun
dah ada suara.
"Kaki aku dah lenguh jalan dalam rumah ni"
"Tak laratnya nak turun balik"
Realiti Rumah Agam
1. Nak bergerak dari satu bilik ke satu bilik pun rasa jauh.
Dapur pun jauh.
Rasa kalau nak masuk bilik berehat,
kena siap-siap bawak bekalan air & snek
supaya tak perlu ulang-alik.
2. Rumah besar = pintu & tingkap banyak.
Rasa paranoid sikit.
Asyik terfikir:
“Yang ni dah kunci ke belum?”
3. Ada kolam renang + anak kecil.
Sunyi sikit je,
terus jantung berdegup laju.
Risau ada anak senyap-senyap masuk kolam.
4. Nak mengemas rumah?
Memang mencabar betul.
Tak hairan kenapa orang rumah besar
Memerlukan bibik.
5. Bilik anak-anak kat atas,
bilik parents pula kat bawah.
Nak panggil turun?
WhatsApp.
Telefon.
Intercom.
Jerit tak guna. Suara hilang dalam ruang
6. Lampu pula…
satu suis boleh buka 3 ruang.
Satu ruang ada 4 suis.
Last-last buka semua,
janji terang. Ada ruang gelap pum rasa takut.
7. Aircond bukan satu,
tapi satu armada.
Kalau satu rosak, dompet rasa dulu.
Bila bil elektrik sampai,
terus urut kepala.
8. Cari barang boleh jadi misi.
Remote TV.
Kunci.
Telefon.
Bukan hilang,
tapi terlalu banyak tempat untuk ia bersembunyi.
Lagi kalau dapat anak yang suka sorokkan barang.
Jenuhh.
9. Dulu angan-angan nak main sorok-sorok.
Sekarang bila anak senyap lama sikit,
ibu pula yang hampir panik.
Dah kena pusing satu rumah mencari.
10. Bunyi pun ‘hilang’ dalam rumah besar.
Pintu diketuk tak dengar.
Orang panggil tak perasan.
Anak menangis di hujung rumah pun tak perasan.
11. Tetamu datang tanya,
“Bilik air kat mana?”
“Kejap ya…”
kita pun pusing cari dulu
Lupa pulak tiba-tiba.
12. Hubungan mudah jadi berjarak kalau tak dijaga.
Nak sembang spontan pun susah.
Nak rapat kena rancang.
Kalau tak,
masing-masing hidup dalam sayap rumah sendiri.
Masa tu saya terus teringat kawan lama saya,
anak orang kaya.
Dia pernah cakap,
“Rumah besar tak best sangat pun.
Best lagi rumah kecil.”
Dulu saya tak faham.
Sekarang…
saya dah faham.
Kesimpulan saya,
Rumah besar cantik pada mata.
Rumah kecil hidup pada jiwa.
Yang buat rumah terasa rumah
bukan keluasan ruang,
tapi rapatnya manusia di dalamnya.
Dan rupanya,
angan-angan budak kecik
tak semestinya impian orang dewasa.
Sumber: Aqilah Nor,





7 Comments
betul sgt..dulu memang tiap kali nampak rumah besar, sama ala ayatnya.best nya duduk rumah besar. sekarang ni, rumah yg ada syukur alhamdulillah sgt..rumah besar2 penat mengemas, kalau blilik lama x guna pun kena kemas jugak kalau x berhabuk pula kan..
ReplyDeleteKdg2 kita fikir nk rumah besar sbb bila ada fmly member ramai dtg mereka selesa. Tapi bila fikir kami hanya 4 beranak je, better amik yg sedang2 aje..janji kita x pening mngemas =D
ReplyDeleteBiar sederhana sahaja tidak terlalu besar mengikut bilangan ahli keluarga.
ReplyDeletexlarat kemas rumah besar kalau bertingkat yg atasnya penuh sawang
ReplyDeleteNak rumah besar, tapi mampu rumah kiut2 je..alhamdulillah...rezeki..kalau rumah besar pun, risau penuh brng je.. hahaha
ReplyDeleteBila anak2 dah besar kerja jauh2, tinggal lah mak ayah berdua atau kadangnya seorang, juga ada kala rumah pun tiada penghuni.
ReplyDeletedulu mmg suka tgk rumah bsr2. rs mcm gah kalu ada sebijik. tp bla dah lama2 then fikir part nak mengemas tu... Allahu... penat yakmat... so x de rumah bsr pun x pelaaa... rumah kecil tp sng lemas pun dah memadai... we see see see see
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.