10 tanda red flag parenting zaman ini
Ramai ibu bapa zaman ini marah bila anak makin jauh, makin susah dengar kata. Tapi hakikat yang ramai tak mahu telan ialah… sering kali kitalah puncanya. Cara kita membesarkan anak tanpa sedar penuh dengan red-flag. Kita sibuk kejar kerja, sibuk dengan telefon, sibuk dengan dunia luar… sampai lupa amanah paling besar ada di depan mata.
Ini 10 red-flag parenting akhir zaman yang patut buat kita semua terjaga.
1. Anak hanya jadi bahan content. Kita rakam, kita upload, kita jadikan tontonan orang. Sedangkan hakikatnya, anak itu amanah, bukan bahan tontonan.
2. Gajet jadi babysitter. Bila anak bising, kita sumbat telefon. Bukan ajar, bukan peluk, tapi bagi skrin supaya diam.
3. Asalkan score bagus, adab akhlak tak kisah. Kita lebih bangga bila anak dapat A, daripada bila anak pandai hormat orang tua.
4. Tak berani tegur bila anak buat salah. Konon takut anak terasa. Padahal tugas mendidik itu tetap wajib.
5. Hilang connection dengan anak. Kita duduk serumah, tapi jiwa mereka tak pernah kita sentuh.
6. Anak lebih connect dengan gajet daripada ibu bapa sendiri. Telefon jadi teman baik, ibu bapa jadi orang asing.
7. Parenting autopilot. Biarkan anak pandai-pandai belajar hidup sendiri. Sedangkan bimbingan itulah tugas kita.
8. Rumah jadi macam hotel. Anak balik hanya untuk tidur, ibu bapa hanya jumpa sepintas lalu. Tiada jiwa, tiada kasih.
9. Semua terlalu sibuk. Ibu, ayah, anak… masing-masing hidup dalam dunia sendiri. Masa bersama semakin pupus.
10. Ibu bapa hilang influence. Anak lebih percaya kawan-kawan, lebih ikut game, lebih tunduk pada media sosial.
Realitinya, red-flag ini bukan benda kecil. Ia petanda rumah makin kosong jiwa, anak makin kosong hati. Jangan tunggu anak besar baru nak menyesal.
Anak itu bukan content. Anak bukan pengganggu kerja. Anak bukan beban. Anak adalah amanah. Kalau kita terus biar red-flag ini jadi biasa, jangan pelik bila anak-anak akhir zaman membesar tanpa arah, tanpa akhlak, tanpa jiwa.
Credit to Brainy Bunch






10 Comments
risau...risau.. moga yang baik2 je untuk anak2 kita dan kita juga
ReplyDeletesemoga kita semua menjadi ibubapa yang bertanggungjawab pada anak2..
ReplyDeletewalaupun tak ada anak lg tp semalam terbaca status seorg ibu. dia tak nak belikan baju haiwan utk anak dia. cara dia ckp / tulis tu sgt menyakitkan hati. kalau sy jd anak dia, sy pasti kecewa...
ReplyDeleteIbu bapa kena jadi orang pertama yang anak akan rujuk kalau ada masalah. Kena jadi best friend dia. Kalau tak boleh keduanya.....at least salah seorang boleh jadi best friend anak macam saya dan anak agak rapat jugak. Walaupun anak seorang, kalau salah memang kena tegur...pernah juga jadi hulk. Hehehe
ReplyDeletecabaran utk parents muda. alhamdulilah zaman anak2 saya, masih lagi zaman gadgets semua tak de.
ReplyDeletecabaran di zaman ini.. keadaan mendesak, persekitaran yang tidak menyokong.. risau di akhir zaman ini..
ReplyDeleteArtikal sangat bagus..jadi panduan dan kita dapat motivasi mendidik anak..
ReplyDeleteNombor 5 paling sedih...
ReplyDeleteIbubapa perlu mendalami parenting knowledge, compare mak- mak ayah kita dulu dengan yang zaman sekarang jauh bezanya...
ReplyDeleteNo. 9 memang realiti zaman sekarang. Sedih. Kena usaha la, bagi rapat semula. Kena tegas dan ambil masa bersama anak-anak, walau sekejap.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.