Tip Kejayaan Dr Hannan Medispa
Baru-baru ini ada seorang usahawan berjaya datang meberikan ceramah motivasi di sekolah Abam Kie. Beliau yang dimaksudkan ialah Dr. Mohamad Hannan. Sebelum membaca tips beliau, baik rakan-rakan baca sedikit biodata beliau untuk mengenali siapa beliau sebenarnya.
Ramai yang ingatkan Dr Hannan Yusof, founder Hannan Medispa ni anak dato, orang kaya sebab tu la Hannan Medispa ni cepat je maju berkembang sampai dah ade 27 cawangan seluruh negara.Apa yang umum tidak tau, Dr Hannan yang berasal dari sebuah kampung di Pasir Puteh, Kelantan merupakan rakyat marhain je.Bapanya seorang pembantu hospital, ibunya seorang guru sekolah rendah. Bapanya berasal dari keluarga miskin dan dibesarkan oleh keluarga angkat.Dr Hannan merupakan anak ke3 drpd 5 adik beradik, semuanya lelaki. Hebat sungguh ibubapa Dr Hannan membesarkan 5 anak lelaki. Katanya, Dr Hannan diberikan nama Hannan sbb ibunya amat inginkan anak perempuan. Nama Hannan itu bermaksud yang penyayang dan pengasih.Sifat itu Kita dapat lihat dalam diri Dr Hannan yang amat sayangkan pekerjanya. Semua pekerja Hannan Medispa khabarnya diberikan asrama percuma (condo) dan makan pun ditanggung pihak syarikat Hannan Medispa.Membesar dalam keluarga yang sederhana, Dr Hannan sedar bahawa hanya keputusan akademik yang cemerlang sahajalah yang mampu mengubah nasib keluarga.Alhamdulillah, UPSR Dr Hannan dapat semua 4A (1996). Kemudian beliau dapat peluang masuk ke sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. PMR Dr Hannan dapat 8A dan Alhamdulillah SPM 2001, Dr Hannan dapat 9A.Di sekolah Dr Hannan amat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. Dr Hannan merupakan kapten basketball sekolah, pengawas sekolah dan juga pembahas Bahasa Inggeris yang katanya dapat masuk final peringkat kebangsaan. Hebat tu!Setelah tamat sekolah, Dr Hannan mendapat biasiswa JPA utk menyambung pelajaran peringkat ijazah perubatan di Moscow. Dia merupakan salah satu pelajar terpilih yang menjadi batch pertama tajaan JPA ke Russia .Nak tau cerita Dr Hannan kat Moscow? Kat sana beliau mula menulis blog. Tapi sekarang blog tu dah tak aktif. Bermula dari situ orang mula mengenali Dr Hannan. Rakan2 boleh baca tulisan zaman kanak-kanak beliau di http://xhansx.blogspot.com
✅ Solat jangan tinggal kerana itu kewajipan muslim.
✅ Tidur awal supaya dapat bangun awal
✅ Bangun awal sebelum subuh dan buat ulangkaji
✅ Rajin baca buku apapun
✅ Plan untuk esok. Apa kita nak dalam hidup.
✅ Matlamat kejayaan dalam hidup kena jelas. Bukan hanya kejayaan sahaja. Contoh " Aku nsk berjaya sebagai guru/ doktor/ahli perniagaan"
✅ Rancang perjalanan kejayaan dari sekarang. Kalau aku nak ni, apa aku nak buat, subjek apa aku kena skor, ke mana universiti aku nak pergi.
✅ Usahakan kita dapat sambung belajar dengan tajaan.
✅ Berfikir sebelum buat keputusan agar keputusan yg kita ambil itu keputusan *yang cerdik*
✅ Tanam dalam diri untuk membalas budi kepada yg memberi. *"Satu hari nanti akulah Dr Hannan yang baru" Membalas budi dan memberi kpd yg memerlukan.
✅ Cari pasangan yang berkualiti bila tiba masanya.
Perempuan ingat dr pesan: "Nak dengan saya boleh, janji boleh bayar kereta dan rumah untuk saya
Letakkan harga diri di tempat paling tinggi.
Lelaki: *Jadikan ini cabaran untuk menjadi lelaki hebat pelindung wanita.*
✅ Rajin buat kerja rumah tidak kira lelaki atau perempuan. Jangan malu.
❗❗❗ Jangan Buat Kerja Bodoh❗❗❗
❌ Tidur lewat
❌ Bangun lewat
❌ Malas belajar
❌ Hidup tanpa matlamat
❌ Hisap vape/merokok
❌ Merayap malam2 hari
❌ Hidup hanya mengharap orang beri. Hari ni belajar percuma. Esok2 asyik mengharapkan bantuan/benda percuma.
❌ Tidak ikut nafsu
❌ Tidak bercinta
❌ *Menolak cinta penghisap rokok/vape* kerana mereka perosak masa depan tak kira lelaki atau perempuan.
❌Jangan jadi pemalas.
"Bahagia pasti menjadi milik kita bila kita dapat capai apa yang kita inginkan"Dr Hannan
10 Comments
Hebat bila baca kejayaan seseorang yg bukan dtg dari golongan keluarga kayangan..
ReplyDeleteLaa.a.. kita ingat Dr Hannan tu perempuan tau. Wahhh.. kagum dengan usaha dia, Abamkie.
ReplyDeleteAnak2 boleh jadikan idola ni
ReplyDeletegood sharing a.kie..:)
ReplyDeleteSesuailah kereta tu dengan cikgu!
ReplyDeleteAlhamdulillah, berkat usaha, disiplin diri dan didikan ibubapa yang baik dia mampu berjaya 😊
ReplyDeleteDr Hannan memang gigih, follow blog dia dari zaman dia study di Russia dulu
ReplyDeleteDari sini terlihat, kalo orang sukses itu semuanya berawal dari disiplin yang tinggi dan konsisten melakukan sesuatu hal. Ntah itu membaca buku, tahajud dan hal baik lainnya.
ReplyDeleteHebat sungguh tip Dr Hannan...paling menarik juga beliau yang cemerlang dan bijak di waktu sekolah
ReplyDeleteMula-mula ingat perempuan.
ReplyDeleteMuda lagi rupanya.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.