Guru biasa atau guru yang berjiwa guru?
" Jadi cikgu ni senang. Datang awal pagi, punch kad. Buat RPH, kelas jangan miss, handle program elok-elok, tak lama dapat APC. Buat aje kerja sendiri, jangan hirau yang lain. Hujung bulan dapat gaji, ada rezeki, naik pangkat. Itulah cikgu. "
Katanya sambil tersenyum kepada aku. Aku hanya mengangguk tanda faham. Ingatkan habis disitu sahaja, rupanya ada lagi yang guru ini ingin bicara. Selepas menghirup sesisip kopi panas, dia menyambung,
"Tapi, kalau kau nak jadi cikgu yang sebenar berjiwa guru, bukan itu jalannya. Itu hanya asas sahaja. Guru yang berjiwa guru ni, dia cakna segala perkara. Terserempak dengan anak murid berhingus kat kantin pun dia berhenti tolong lap.
Murid rebah, murid luka dia dahulu berlari pergi dapatkan. Sedang itu diluar tugas beliau. Sedang itu tiada markah dicatat untuk APC atau kenaikan pangkat. Tapi bila dia ada JIWA SEORANG GURU, setiap langkahnya adalah untuk mendidik.
Guru biasa, masuk kelas hanya mengajar untuk habiskan silibus sahaja. Murid dapat ke tak, itu dia tak hirau. Nak cepat pandai, dia suruh masuk kelas tambahan yang dia buat. Kenakan bayaran, dapat imbuhan tambahan. Sentuh budak jauh sekali, bahaya pada kerjaya padanya. Nanti didenda, nanti didakwa. Nanti payah nak naik pangkat, dapat APC dan sebagainya. Kerana dia hanya bekerja sedang jiwa tiada. "
Aku diam membungkam. Tiada menggeleng, tiada mengangguk lagi. Hanya mahu dia meneruskan bicara. Kata-katanya sangat terkesan di hati. Mutiara kata ini bukan selalu didendangkan. Jarang-jarang kelihatan. Selalunya mutiara seperti ini terpendam di lautan yang paling dalam. Guru itu menyisip lagi kopi pahitnya. Direnung dalam mata, dia sambung bercerita.
"Guru yang berjiwa guru, laluannya sukar. Halangannya tidak sedikit. Tapi bila ada jiwa, tiada gentar dihati. Murid yang degil, yang malas, yang nakal dikejar tanpa henti. Padahal bukan ada upah tambahan. Baik duduk diam sahaja.
Murid yang lalai dan leka didenda, dihukum agar mereka sedar. Agar mereka merubah diri. Padahal surat saman bakal menanti, silap-silap makan diri. Tapi dia tidak boleh menahan diri, bila dalam diri ada jiwa, dia takkan biarkan sahaja anak didiknya terus hanyut begitu sahaja.
Dan biasanya, guru yang berjiwa guru ini payah nak naik ke atas. Sebab dalam failnya penuh aduan. Tapi percayalah, di mata Yang Maha Kuasa, pangkat dia telah lama dinaikkan. Saat dia menghayun rotan penuh ikhlas untuk mendidik, saat itu taraf beliau jauh di atas sana berbanding guru biasa. Yang hanya tahu menjaga periuk nasi dan pentingkan kerjaya sahaja."
Guru itu menghabiskan sisa air kopinya. Ditinggal duit di atas meja dan dia berlalu pergi. Meninggalkan aku termangu sendirian memikirkan kata-kata yang dia tinggalkan sendirian.
Dalam diam aku bertanya pada diri sendiri,
" Apa aku sebenarnya? Hanya guru biasa atau guru yang mempunyai jiwa? "
Renungan utk semua yg bergelar guru...
13 Comments
guru mempunyai jiwa
ReplyDeleteusahkan kata guru, setiap pekerjaan lain pun sama juga. macam yg kawan2 abam kie cakap tu. pada pendapat saya la :)
ReplyDeleteterkesan baca nih, ya dana sebagai orang yang pernah jadi anak murid, memang kita boleh nampak ada jenis guru yang ada jiwa guru atau guru yang cuma bekerja sebagai guru, saya nk kongsi kan dengan adik saya... supaya nanti dia dapat jadi guru yang berjiwa guru sebenar
ReplyDeleteBetul sgt...guru yg berjiwa guru akan melahirkan anak murid yg cemerlang sahsiah/akademik. Sbb didikan diberi dgn hati, bkn sekadar memenuhi tugasan.
ReplyDeletekita pernah bercita2 nak jadi guru, tapi sebab masa tu terbuai dengan bestnya cikgu ada cuti banyak, orang cuti sekolah, cikgu pun cuti...tapi sebenarnya takkkk...hahahah!
ReplyDeletememang tak boleh jadi guru berjiwa guru kalo dengan niat nak cuti banyak 😂
this is super deep. everyone should really have a deep thought on this.
ReplyDeletecikgu itu kadang2: anak murid nombor satu, anak kandung nombor dua...
ReplyDeleteJasad yang ada roh lain.Jasad yang rohnya melayang-layang lain.Begitu juga guru.Bila menghayati inshaAllah yang lain lain itu bukan apa apa baik dugaan atau penghargaan.
ReplyDeleteAda terbaca, guru yang pintar itu mahal, tetapi guru yang Peduli dan ikhlas jauh lebih mahal
ReplyDeletesaya percaya abam kie ialah jiwa guru =)
ReplyDeleteinsyaAllah tahun depan rabia bakal menjadi seorang guru
ReplyDeleteZaza pun ada seorang abg bergelar guru.. Garang sikit orangnya hehe..
ReplyDeleteGuru biasa memang ramai kot.
ReplyDeleteSemoga guru berjiwa guru akan lebih ramai melata di arena pendidikan negara.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.