Sunday, 27 October 2013

Why Do We Use English for IT


Why Malaysian Government insists on using English for maths and science?

This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa, especially in school. See example below:-

Hardware = barangkeras
Software = baranglembut 
Joystick = batang gembira
Plug and Play = cucuk dan main
Port = lubang 
Server = pelayan
Client = pelanggan 

Try to translate this:

ENGLISH:
That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client. 

BAHASA:
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan. 

Now you know...WHY...

MALAYSIA (Tak) BOLEH

Friday, 25 October 2013

Kita selalu tak perasan...



Kita sedekah rm1, bila balik rumah, jiran hantar makanan utk makan malam kita dan anak2 pada hari itu. Satu keluarga happy, jiran tu mmg pandai masak.

Kita sedekah rm1, tet tet tet tet whatsapp bunyi, ada orang order barang, untung RM10. Kita senyum.

Kita sedekah RM1, anak2 balik rumah bgtau tadi cikgu belanja makan masa rehat kat sekolah. Anak teruja.

Kita sedekah RM1, ada kawan lama mak datang rumah mak dan hadiahkan mak sepasang baju. Mak happy.

Nikmatnya -- makan malam free, untung rm10/barang, anak2 dpt makan free cikgu belanja, duit poket boleh masuk tabung dan mak dapat baju baru, kita tak perlu beli lagi untuk mak. Dan kita, anak kita, mak kita semua happy.

Tapi kita tak nampak.
Sebab kita semua nampak yang besar2 saja.

Duit duit duit yang melimpah ruah, rumah besar, kereta besar. Itu saja ukuran rezeki bagi kita. Yang nikmat makanan sedap yang free tadi, nikmat senyum, nikmat gembira dan teruja tu kita tak pandang. Disebabkan ukuran yang dangkal tu lah, kita kurang bersyukur dengan hidup kita.

Renung-renungkanlah....

Wednesday, 23 October 2013

Pecutan Akhir Menjelang SPM 2013


SPM bakal bermula pada 6 November 2013 iaitu 2 minggu dari sekarang. Semua guru, murid dan ibubapa sedang bimbang memikirkan persediaan untuk berperang nanti. Sejak awal tahun ini sekolah saya sudah membuat perlbagai program kepada calon-calon SPM 2013. Antara program tersebut ialah kelas tambahan petang dan malam, seminar teknik menjawab, rehat minda, kem motivasi, pertukaran pelajar ke SBP dan solat hajat berjemaah.

Pada awal bulan ini Pengetua mengarahkan guru-guru dan murid-murid mengadakan kelas tambahan hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Murid-murid dibahagikan mengikut pencapaian mereka di dalam setiap subjek pada Percubaan SPM lalu. Guru-guru bersilih-ganti membimbing calon-calon SPM dimana guru-guru PMR juga turut membantu terutama dalam subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan. 

Pada tahun ini seramai 177 calon akan menduduki SPM di sekolah saya. Pada trial yang lepas 3 orang murid di kelas 5 Sains Agama telah berjaya memperolehi 11A. Sudah lama kami tidak menghasilkan pelajar straight As. Semoga tahun ini impian itu akan menjadi kenyataan. InsyaAllah, dengan berkat doa dan usaha semua pihak, sekolah saya akan menghasilkan keputusan cemerlang pada SPM nanti.

Monday, 21 October 2013

Sebab Kenapa Wanita Bertudung Itu Lebih Baik


1. Tuntutan Agama
Putri Rasulullah menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.” Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? 
Lantas Rasulullah SAW menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya…

 2. Mengurangkan dosa 
Sehelai rambut yang diperlihatkan kepada lelaki yang bukan muhrim, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut SENGAJA diperlihatkan kepada 10 lelaki bukan muhrim, maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?

 3. Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakain tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak membuatkan otak dapat berfikir dengan cepat dan baik.
  
4. Tidak membazir
Tidak perlu pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut, beli segala rawatan untuk menjadikan rambut kelihatan cantik.

 5. Lebih sopan dan manis
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. Maka anda mempunyai ‘nilai tambahan’ di situ.

 6. Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran ultra-ungu (UV) akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampu itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

 7. Menjadikan diri anda ‘mahal’
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal yang lain.

 8. Lebih dihormati
Wanita bertudung lebih dihormati ramai. Setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.

(PERINGATAN UNTUK WANITA-WANITA DI LUAR SANA)
  • Perlu diingatkan bahawa bertudung mestilah berlandaskan tuntutan agama. Bertudung bukanlah satu fesyen terkini, tetapi merupakan suruhan Allah kepada wanita dalam menutup aurat
  • Dan perlu diingatkan bahawa aurat wanita bukan hanya pada rambut, tetapi juga bentuk tubuh wanita itu sendiri. Pilihlah tudung yang menutupi dada. Juga longgarkanlah pakaian yang dipakai agar kurang menampakkan alur bentuk tubuh yang mampu menaikkan ghairah lelaki yang tidak halal untuk wanita itu sendiri.

Wallahualam…

Saturday, 19 October 2013

Gulai Kambing Buah Ara Sempena Hari Raya Aidil Adha


Hari Raya Aidil Adha baru saja berlalu. Seperti biasa sambutan kali ini kurang meriah berbanding Hari Raya Puasa tetapi jauh lebih meriah berbanding dengan negeri-negeri lain. Pada 9 Zulhijjah saya berpuasa sunat wukuf Arafah buat pertama kalinya. Selepas solat Asar saya dan anak-anak pulang ke kampung di Machang, Kelantan. Kami berhimpun di rumah kakak kedua. Selepas berbuka puasa saya melayan karenah anak-anak. Selepas Isyak kakak sulung dan keluarga dari Dungun, Terengganu pun sampai. Meriahlah sikit bila mereka ada bersama.

Pada pagi Hari Raya saya dan abang ipar menunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid SMKA Wataniah, Machang. Selepas solat saya kembali dan mengambil sedikit sarapan. Selepas itu saya tidur kerana pada pagi raya saya terjaga sejak jam 4.30 pagi. Bila bangun jam 1.30 pm makanan sudah siap. Kakak-kakak saya memasak daging singgang, daging goreng dan air asam perut lembu. Kakak kedua memang melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Berselera sungguh saya makan kerana sangat lapar pada saat itu.

Pada keesokan harinya saya cuma lepak di rumah akak saja. Pada jam 10 pagi anak saudara dan keluarga dari Dungun sampai. Selepas itu kakak sulung dan keluarganya pergi menghadiri majlis aqiqah sepupu kami yang mendapat anak lelaki 9 bulan yang lalu. Dia telah mengorbankan dua ekor kambing. Saya dan anak-anak juga menyusul kemudian. Di rumah ibu saudara kami, menu yang dihidangkan ialah gulai kerutub (rendang) kambing, gulai daging campur buah ara (ini hidangan wajib keluarga kami bila membuat kenduri), singgang ikan tongkol, ikan rebus goreng dan pajeri nanas. 

Selesai menjamu selera saya dan anak-anak kembali ke kediaman kami di Tanah Merah. Selepas itu mummy datang mengambil anak-anak ke rumahnya. Pada malam itu saya keluar dating dengan kawan perempuan di Medan Selera. Mujur tak ada orang yang perasan! 

Pada hari raya ketiga sekolah saya mula dibuka biarpun sekolah-sekolah lain masih ditutup. Sedih tul. Tapi demi tugas saya gagahi kaki ini ke sekolah. Kehadiran murid-murid pada hari Khamis itu sangat merudum. Cuma 200 orang yang hadir daripada 1100 murid! Sabar je lah. OK, begitulah kisah sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi saya pada tahun ini. Wassalam.

Thursday, 17 October 2013

Jika Tiada Rezeki...


Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yg panjang .... maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pd kedua org tua ,... wink wink ;-) Alhamdulillah syukur. InsyaAllah. Rezeki ada di mana-mana. 

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. 
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, 
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, 
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar, 
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. 
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. 
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.

Monday, 14 October 2013

Luangkan masa dengan anak-anak...


Mahal sgt kah cuti tanpa gaji, demi anak2. Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat... Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!


Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah... Rindu mama.. Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat, xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad... Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama saya rindu n sayang sgt kat mama..."

TAPI.....

Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...

Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...

Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama...

Friday, 11 October 2013

Apa Yang Anda Tidak Tahu Tentang Seorang Ayah?


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. 
ayah marah kita.. Tahukah kita yang ayah tak nak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita.. Ayah pun tersenyum bahagia.. 

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik.. Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk.. Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.. 

Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu??

P.S. Ada kawan2 yg kagum dgn abe kie yg mampu menjaga 3 anak perempuan bersendirian. Abe Kie jawab susah macamana pun itu dah tanggungjawab dan amanah. InsyaAllah, anak2 abe kie akan berjaya kelak.

Wednesday, 9 October 2013

Mendaftar Akaun Kwik CIMB



Baru-baru ini abe kie terbaca berita tentang Akaun Kwik dan Kwik Pemindahan Wang, akaun pertama yang boleh dibuka dalam talian tanpa melawat pemindahan wang bank dan cepat untuk nombor mudah alih atau alamat e-mel dan bukannya nombor akaun melalui CIMB Clicks. Tanpa berlengah-lengah lagi terus abe kie mendaftar secara dalam talian dan akaun Kwik itu diaktifkan. Akaun Kwik ini sebenarnya kad debit maya yang boleh digunakan untuk membuat transaksi on9 biar pun kita tiada kad fizikal. Kalau nak kad debit fizikal kena bayar RM10 dah sah laku selama 5 tahun. Selepas seminggu mendaftar, kad Kwik itu sampai ke rumah abe kie. 

Antara ciri-ciri akaun Kwik melalui platform perbankan Internet CIMB Clicks ialah ia memberi peluang kepada pemegang akaun simpanan dan semasa CIMB Bank untuk menghantar wang kepada nombor sesiapa sahaja di Malaysia menerusi telefon bimbit atau alamat e-mel dan bukannya nombor akaun. 

Akaun Kwik boleh dibuka dalam tiga langkah mudah: Pertama, pergi ke laman web CIMB Clicks dan klik pada ‘Memohon Kwik'. Kedua, mengisi e-borang. Akhirnya, mengesahkan permohonan dengan kod kebenaran transaksi (TAC). Dengan itu, Akaun Kwik berjaya dibuka dengan tidak mempunyai hubungan perbankan terlebih dahulu dan tiada deposit minimum yang diperlukan. 

Pemegang akaun dengan segera boleh memulakan urus niaga perbankan Akaun Kwik itu. Akaun Kwik boleh diakses melalui CIMB Clicks dan CIMB Clicks Mobile App pada Apple dan Android peranti mudah alih. Pelanggan juga boleh dengan mudah memindahkan wang ke dalam akaun dalam talian ini atau di mana-mana CIMB mesin deposit tunai bank. 

Selain pemindahan wang, pemegang akaun juga boleh membuat pembelian luar talian dan dalam talian, membayar bil, top up kad tambah nilai prabayar dan membuat kiriman wang menggunakan Akaun Kwik itu. 

Pelanggan juga boleh memilih untuk Kad Kwik – kad prabayar yang berfungsi seperti kad debit untuk membolehkan pengeluaran ATM dan pembayaran di mana-mana terminal MasterCard di seluruh dunia. The Kwik Wang fungsi Transfer di CIMB Clicks membolehkan semua simpanan Bank CIMB dan pemegang akaun semasa yang telah mendaftar untuk CIMB Clicks untuk menghantar wang ke nombor Malaysia penerima mudah alih atau alamat e-mel. Malah jika penerima tidak mempunyai akaun CIMB Bank, dia dengan mudah boleh membuka Akaun Kwik untuk menuntut wang. Wang itu akan dikreditkan serta-merta ke Akaun Kwik penerima selepas kod tuntutan yang disediakan oleh penghantar dimasukkan. 

Kini pengguna akan menikmati bagaimana perbankan mudah dengan CIMB Bank dapat dilakukan dengan Akaun Kwik, daripada proses permohonan dalam talian yang mudah untuk melaksanakan transaksi perbankan sehari-hari. Dari 9 September 2013 hingga 28 Februari 2014, pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bulanan menarik apabila mendaftar untuk Akaun Bank CIMB Kwik dan melaksanakan transaksi Akaun Kwik. Jadi apa lagi? Cepatlah mendaftar akaun Kwik di CIMB. Deposit tidak diperlukan. Tapi kalau nak buat transaksi maka kenalah topup duit dulu, kan?

Friday, 4 October 2013

Check out my Instagram!


Salam. Abe Kie sudah membuka akaun Instagram sejak setahun lepas. Alhamdulillah, setakat ini abe kie sudah mengumpul 200 orang pengikut. Apa yang abe kie suka tentang Instagram ini adalah kemudahannya untuk memuatnaik foto ke internet dengan percuma dan seterusnya dikongsi dengan media sosial yang lain seperti facebook, twitter, tumblr, Foursquare dan Flickr. 

Pada kesempatan ini abe kie ingin mengajak kawan-kawan blogger untuk meninjau laman Instagram abe kie tersebut. Ia boleh diakses dengan mengelik instagram.com/zukideen. Ingat, kalau teman follow abe kie di sana maka abe kie akan follow teman pulak. Setuju? Wassalam.

Wednesday, 2 October 2013

Senarai Kopi Perangsang Dan Bahan Pelangsing Yang Boleh Menyebabkan Mati pucuk dan Kematian...


AMAT Bahaya!!! Inilah Senarai Kopi Perangsang (hubungan sulit &intim) Dan Bahan Pelangsing Yang Boleh Menyebabkan Mati pucuk dan Kematian...

Kementerian Kesihatan seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram ini dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing. 

Yang berikut ialah senarai kopi yang didakwa beracun. Kopi ini dikatakan telah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan :

1.Cafe Abang Yes,
2.Candi Gold,
3.Candy 193,
4.Extend Up Energy Drink,
5.Extremen,
6.Extrewomen,
7.Goji Guarana,
8.Goji Guarana Extra,
9.Goji More,
10.Goji Yumberry,
11.Guara Cafe,
12.HBW Ice Lemon Tea,
13.Hotton Vitality Candy,
14.Ie2 O,
15.King Cappucino,
16.Knight Cofee.
17.Kolek Cafe Power Plus,
18.Kopi Angguk,
19.Kopi Asmara,
20.Kopi Bagus AAA,
21.Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22.Kopi Pahlawan,
23.Kopi Super Angguk,
24.Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25.Maca Max,
26.Macagin Ginseng Candy,
27.Mentalk Candy,
28.Nexus MXP,
29.Night Cafe,
30.Red Energizer Candy For Men,
31.Royal Beverage Maqrifatun,
32.Sasanergy Drink,
33.Trica Jus,
34.Tri-Max,
35.True SR,
36.vigor Candy,
37.Vitca-F,
38.Vitca-M,
40.Winnie Beauty V1,
41.XKL Sky Fruit Juice Premix.

Jadi pesan abe kie kepada kawan2 yakinlah dengan kekuatan seksual sendiri. Kepada yang nak slim tu, pi lah senaman n kawal pemakanan. InsyaAllah menjadi....
;