Segerakan Perkahwinan Anak Bila Ada Yang Meminang
Kepada mak & ayah
1. Anak anak nak kahwin, kalau calon yang datang tu bagus, segerakan perkahwinan mereka.
2. Mudahkan walimatulurus anak anak, jangan dibebankan dengan permintaan bukan-bukan.
3. Zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. Dulu-dulu buat kenduri gotong royong, boleh la panggil sekampung datang. Kampung seberang pun datang sama. Tapi takde la sampai 1000 orang yang datang. Zaman ni, nak jemput sampai 500-1000 orang tu nak buat ape? Saudara mara & sahabat handai kita pun tak sampai 100 orang (yang rapat). Kalau belanja 100 kenalan makan puas puas di kedai mamak, seorang RM30, baru 3000 hangusnya. Book aje kedai makan tu untuk majlis 2-3jam, masyarakat Cina selalu buat begini. Mudah, banyak pilihan makanan, meriah, jimat.
4. Nak buat majlis, jangan sampai sesak poket, terpaksa meminjam sana sini. Anak-anak baru nak bina hidup dan tabung keluarga. Beri mereka ruang. Jangan beban sampai 50k hangus habis dalam sehari. Mak Ayah tak perlu jadi scammer kepada anak sendiri.
5. 50k kalau digunakan untuk mula hidup berkeluarga, sangat banyak yang boleh diselesaikan. Barang dalam rumah, simpanan kecemasan, bayaran muka rumah, sekadar memberi contoh ke mana duit tu boleh digunakan.
6. Bila mak ayah tunjuk teladan kepada anak, nescaya anak tu kelak akan membalas budi sebanyak banyaknya. Contoh depan mata acik memang banyak. Orang kata, Tuhan bayar cash dekat dunia lagi.
7. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Tapi kalau dah berkenan, dah suka, jumpa bunga dan kumbang yang baik, go all out dapatkannya dik. Kita mak ayah ni bantu mereka, jangan la letak batu besar 50k atas kepala mereka. Kesian.
8. Hakikat hidup, sangat ramai anak bujang umur 23 tahun ke bawah belum ada simpanan 50k pun. Acik dulu pun begitu. Baru habis belajar di universiti dan membina tapak dalam pekerjaan dan bisnes.
9. Acik bersuara kerana acik tahu, generasi mak ayah ni adalah segenerasi dengan acik, kategori mak ayah nombor ic depan 70 - 80.
10. Bersederhanalah.
Sekian. Terima kasih. Semoga dapat membantu.
13 Comments
Thanks for sharing AK
ReplyDeletenice sharing...=D
ReplyDeleteye betul tu Abam Kie...setuju sangat...nasib baik belum ada yang pinang anak dara SA...
ReplyDeletejodoh anak dah tiba elokla segera uruskan pernikahannya
ReplyDeletetp xde pun org meminang sy..haha
ReplyDeletePerlu sekali, banyak manfaat..menjaga keharmonian
ReplyDeleteSepakat dengan pendapat ini, Pak Kie.
ReplyDeleteSegerakan nikah bila sudah bertemu calon yang baik.
Salam.
Takut saya dengar orang minta RM17-30 ribu sebagai hantaran. Itu baru duit hangus belum kira hidden cost lagi. Saya selalu bebel kat WA stories, engkau (keluarga perempuan) yang nak buat kenduri gah tapi minta duit kat lelaki. Gunalah duit sendiri.
ReplyDeleteSaya ada lima anak lekaki. Saya pesan pada mereka kalau kerja bagus pun jangan heboh, nanti orang minta hantaran tinggi.
Saya tak izinkan anak-anak kahwin awal sangat sebab bimbang dengan statistik perceraian sekarang. Semua kena habiskan pelajaran dan ada pengalaman kerja dua tiga tahun dulu dengan harapan pemikiran mereka lebih matang bila masuk alam perkahwinan. Sebelum kahwin kira siap-siap kos sewa rumah dan ulang-alik ke tempat kerja supaya mampu tanggung tekanan. Bukan tak percaya rezeki tapi Allah bukan suruh kita main langgar je.
Nice sharing. Ramai je anak2 yg nak kahwin simple, tapi sesetengah ibu bapa nak buat majlis besar besaran. Tapi takmau sponsor sikit duit majlis. Kesian anak tu
ReplyDelete50k tu terlalu besar jumlahnya... dah boleh buat downpayment rumah... membazirkannya utk majlis yg berlangsung cuma sehari tu mmg tak berbaloi lbh2 lagi utk golongan berpendapatan sederhana...
ReplyDeleteCuya jika ada rezeki kahwin nanti pon nak majlis yg sedang2 Dan tidak menyusahkan mana mana pihak. Moga ada rezeki terbaik untuk saya
ReplyDeleteBersederhana dan buat apa pun termasuk kenduri berdasarkan kemampuan kita. Yang lebih penting kehidupan selepas kenduri kawin
ReplyDeletealamak..risau bila fikir bab ni
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.