Assalamualaikum. Kepentingan menyimpan bahan makanan agar tahan lama dengan mengguna peti sejuk beku atau chest freezer semakin memuncak sejak akhir2 ini. Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk beku akan tahan sehingga 6 bulan dan masih kekal segar bila dinyahbeku. 

Abam Kie sendiri pada mulanya keberatan nak beli chest freezer seperti gambar di atas kerana takutkan bil elektrik akan melonjak. Tapi mujurlah kenaikan bil tu sedikit saja. Malahan faedah2 yang didapati dengan menggunakan peti sejuk beku ini melebihi keburukannya.

Pertama sekali, ia dapat mengurangkan kesesakan di dalam peti sejuk Panasonic yang digunakan sejak 8 tahun lalu itu. Peti sejuk tu memanglah sudah besar tapi masih belum menampung muatan makanan dan minuman yg perlu disimpan. Sebagai contoh, bila tiba Hari Raya Aidil Adha, daging korban tak muat untuk disimpan di dalamnya. Jadi dgn adanya chest freezer, maka segala daging dan tulang lembu korban tu mudah disimpan.

Kedua, lauk-pauk atau gulai yg tak habis dimakan boleh saja disimpan di dalam chest freezer. Nanti seminggu kemudian, boleh aje dinyahfros gulai tersebut untuk dimakan. Jika tak tahu nak masak apa, cuma korek je dlm chest freezer tu. Pasti ada lauk lebih yang boleh dipanaskan untuk dimakan! 

Inilah foto peti sejuk Panasonic yang dibeli pada thn 2013. Masih berfungsi dengan baik. Makanan yang tak perlu disejukbeku akan disimpan di dalamnya. Jadi ruang penyimpanan dapat dimanfaat dengan sepenuhnya.

Kepada kawan2 yg ada ramai anak, seharusnya membeli chest freezer untuk menampung permintaan anak-anak yang hendak selalu makan!