Bagi negeri-negeri yang sudah memasuki fasa 4 sudah pasti semua murid sudah kembali ke sekolah biarpun secara bergilir. Ibu-bapa jadi serba salah sebab cuti sekolah sudah hampir tapi anak-anak masih perlu pergi ke sekolah untuk 3 minggu saja. Susah kan nak keluarkan belanja untuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak? Terutama sekali kasut sebab setelah setahun belajar di rumah, kaki anak-anak semakin membesar. Dah tak muat pulak!

Tapi jangan risau kerana Pallas ada mengeluarkan pelbagai model dan saiz kasut untuk kegunaan anak-anak kembali ke sekolah nanti. Abam Kie sejak dahulu lagi membelikan kasut sekolah jenama Pallas untuk anak-anak. Meh Abam Kie ceritakan mengapa kasut Pallas menjadi pilihan hati sejak lebih sedekad lalu.

Pertama sekali kasut Pallas mempunyai sistem ventilasi atau pengudaraan yang hebat! Sistem ventilasi ini memastikan kaki anak-anak dapat bernafas ketika mereka berada di sekolah untuk tempoh masa yang panjang. 

Pengudaraan yang baik dapat menghindari kelembapan dari kaki anak-anak anda. Yang bagusnya kasut Pallas ini cepat kering. Jadi pada musim hujan sekarang ni ibubapa tidak perlu risau andainya kasut anak-anak mereka basah. Pasti cepat je kering terutama sekali bila diletakkan di belakang peti sejuk. Itulah petua yang Abam Kie selalu amalkan dulu. Cubalah!


Satu lagi ciri istimewa kasut Pallas ialah 'insole pembetulan' yang dibentuk untuk memberikan sokongan kepada gerbang semula jadi kaki. Ia memberikan keselesaan optimum untuk kaki rata dan lengkungan membujur yang lemah dan jatuh. Ia juga melegakan ketegangan dan ketidakselesaan pada otot kaki semasa berjalan dan berdiri lama. Jadi tiada lagi murid-murid sekolah mengadu kaki mereka melecet apabila memakai kasut sekiranya mereka memakai kasut keluaran Pallas ini.

Pendekata, murid-murid dapat berjalan dengan selesa dan selamat apabila memakai kasut Pallas ini. Percayalah! 

Pemilihan kasut yang selesa amatlah penting kepada kanak-kanak yang sedang membesar kerana mereka tu lasak dan kerap bergerak semasa di sekolah. Jadi Abam Kie merasakan kasut Pallas yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi seperti lapisan getah amat sesuai untuk murid-murid sekolah. Keselesaan pada kaki dapat memastikan mereka kekal fokus semasa belajar di sekolah. Setuju kan?

Kasut yang selesa amat penting kepada kanak-kanak yang sedang membesar bagi memastikan kaki mereka tidak melecet semasa berjalan. Selain daripada itu, keselesaan pada kaki dapat memastikan kanak-kanak di sekolah dapat belajar dengan tenang tanpa apa-apa gangguan.

 
Sekarang ini kasut sekolah pun sudah boleh dibeli secara dalam talian. Jika anda tidak sempat untuk keluar ke bandar, boleh je beli di kedai online iaitu www.wow2wee.com. Selain daripada itu, kasut Pallas juga dijual di kedai-kedai kasut dan kompleks membeli-belah di seluruh negara. Mudah aje kan? Boleh beli di kedai fizikal atau kedai online. Pilihan di tangan anda. 

Jadi abam kie ingin menyeru kawan-kawan pergi membeli kasut Pallas dengan segera bagi menyiapkan anak-anak untuk kembali ke sekolah pada 2 Januari 2022 nanti. Untuk maklumat lanjut mengenai kasut terbaharu keluaran Pallas Malaysia, kawan-kawan boleh layari laman web www.pallas.com.my atau terus saja ke FB Pallas Malaysia. Ingat kasut, ingat Pallas!