Berikutan penerbitan garis panduan Electronic Know-Your-Customer (eKYC) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 30hb Jun 2020, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) merupakan bank pertama di Malaysia yang menawarkan sistem ‘on-boarding’ digital untuk warga Malaysia yang ingin membuka akaun. Proses baharu pembukaan akaun bank ini beralih sepenuhnya secara digital serta tidak lagi memerlukan pelanggan untuk mengunjungi cawangan Bank atau Terminal Layan Diri.

Bermula hari ini, pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi ‘Apply@HLB’ untuk membuka akaun di mana-mana dan bila-bila sahaja, manakala kad debit akan dihantar ke mana sahaja mereka berada di dalam negara. Cara perbankan mudah dan lancar ini bersesuaian dengan situasi semasa di mana COVID-19 terus menimbulkan kerisauan berhubung kesihatan, selain mencetuskan peralihan kepada gaya hidup digital.

Dengan aplikasi ‘Apply@HLB’, membuka akaun bank boleh dilakukan dengan tiga langkah mudah bila-bila dan di mana sahaja. Pelanggan hanya memerlukan MyKad untuk proses ini.  


1. Sahkan identiti dengan kad pengenalan dan swafoto

2. Isikan maklumat peribadi

3. Cipta nama pengguna dan kata laluan untuk HLB Connect, bagi mengakses perkhidmatan perbankan dalam talian dan mudah alih setelah akaun dibuka.

Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas layak memohon pembukaan akaun HLB melalui aplikasi ‘Apply@HLB’, yang boleh dimuat turun di Google Play, App Store dan Huawei AppGallery. Untuk maklumat lanjut tentang ‘Apply@HLB’, sila layari www.hlb.com.my/apply.


Selepas akaun berjaya diaktifkan, Abe Kie pun memohon kad debit menerusi apps HLB. Dalam masa 3 hari, kad yang comel ini sudah sampai ke Tanah Merah, Kelantan. Buat makluman kawan2, cawangan Hong Leong Bank ini cuma ada di Kota Bharu. Tapi sekarang ni di mana2 pun boleh apply akaun simpanan asalkan memenuhi syarat2 minima yang dinyatakan. 

Abam Kie guna sekejap je HLB ini. Tujuan utama apply akaun di sini sebab nak mengumpul kad debit yg comel ni. Dalam akaun ini ada baki minima je. Jadi kepada scammer yg berhasrat nak pau duit dalam akaun simpanan HLB abam kie tu, baik lupakan sahaja niat jahat anda tu. Ngerti lu!

Baiklah, jika kawan2 nak memiliki akaun simpanan Hong Leong Bank boleh la download apps HLB Apply di Google Play Store sekarang! Bersiap sedia dengan MyKad untuk di'snap' dan berselfie sekali. Good luck!