Tadi buat #QuickSurvey berkaitan mana lagi bagus beli used car yang owner nya lelaki atau wanita?

Ramai yang pilih lelaki, berbanding wanita. Jom baca lebih lanjut di bebenang ini

𝟱 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗨𝘀𝗲𝗱 𝗖𝗮𝗿.

No 1. BAJET

Berapa modal yang kita peruntukkan untuk kereta yang bakal dibeli, adakah lump sum atau kita mahu membuat pembiayaan dengan bayaran bulanan?

Contoh Bajet kita RM 10K.

Kereta apa yang mampu kita miliki dengan jumlah wang tersebut? Atau pun jika melalui pembiayaan, biasanya untuk kereta yang lebih mahal ataupun continental.

Adakah harga kereta tadi bersamaan 10 x ganda gaji bulanan kita atau bayaran bulanannya sekitar 10%-15% gaji kita.

2. Keadaan kereta

Jika kita sudah berkenan dengan kereta yang mahu dibeli, pastikan kita melihat terlebih dahulu keadaan sebenar kereta tadi.

Lagi lagi kereta yang ditawarkan dengan harga yang murah, murah daripada harga pasaran kereta terpakai. Antara yang perlu diperhatikan:

1. Bahagian Badan kereta

- Termasuklah cat. Adakah itu cat asal sama seperti di dalam geran atau sudah berubah warna?

- Boleh juga mengetuk di bahagian badan kereta, bahagian yang disimen akan mengeluarkan bunyi yang berbeza, mungkin pernah mengalami kemalangan atau diperbetulkan.

2. Cermin

Sama ada depan, belakang, sisi adakah sempurna, calar atau mempunyai retak/suspek.

3. Enjin dan mileage.

Pastikan bawa mereka yang pakar tentang enjin.

(boleh cek bila kali terakhir diservis atau record service kereta)

4. Tayar, brake dan absorber. Adakah tayar lusuh atau sudah ditukar baharu.

5. Kelengkapan dan peralatan.

• lampu tinggi rendah, kabus, signal,brake, hazard dan lampu dalam kereta
• penyaman udara
• hon
• radio
• handle pintu, glove box
• tuil + penetap cermin sisi, power window
• soket kuasa
• tuil minyak, boot, bonet
• pelaras kerusi, tali pinggang keledar
• tayar simpanan + kotak alatan kecemasan tukar tayar.
 
Tip Tambahan:

3. Wajib pandu Uji keretatadi sebelum membuat sebarang pembayaran atau tanda tangan.

4. Beli direct ownerjika ada peluang, kebanyakan urusan lebih mudah dan harga boleh nego. Selain kita boleh interview owner tentang kereta yang bakal kita bawa balik.

5. Semak record saman, jenayah atau kemalangan.

Elakkan beli kereta yang terbabit dengan jenayah atau banyak saman.Dan jangan sesekali beli kereta yang total loss walaupun murah. Pastikan saman dijelaskan sebelum kereta bertukar milik

#BijakKereta101