Geram tul sebab feed blog x menjadi! Pada jam 9.30 pagi Rabu, Abam Kie ada publish satu entri dalam blog ini yang bertajuk The benefits of teaching and learning from home for pupils. Selalunya beberapa jam selepas pos itu tersiar, pasti akan ada komen dari kawan2 blogger. Tapi sampai ke malam, tiada pun komen yg dtg. Bila abam kie check di blog list kwn2 pun memang entri terkini itu tiada. Jadi memang patutlah kawan2 blogger tak sedar akan entri terkini tu. Perkara spt ini sudah beberapa kali berlaku sampaikan Abam Kie hampir berputus-asa untuk menulis blog lagi. 

Cuma ptg ini (Khamis) Abam Kie memberanikan diri untuk menulis entri baharu. Alhamdulillah. Entri terbaharu yg anda sedang baca ini terpapar di blog list kalian. Kalau tak terpapar, mana mungkin anda dtg ke sini untuk membaca entri ini kan?

Pernahkah rakan2 blogger mengalami masalah spt ini. Jom kongsi pengalaman anda di ruangan komen. Sekian. Terima kasih.