Assalamualaikum. Comel kan baby boy di atas tu kan? Memang sejak perkahwinan pertama lagi Abam Kie berhajat nak ada anak lelaki. Namun kesemua anak abam kie ditakdirkan perempuan. Mula2 tu ada rasa ralat dan kecewa terutama sekali bila tengok kawan2 yang anak2 mereka semuanya lelaki. Kenapalah Allah x kurniakan walau seorang pun anak lelaki kepada abam kie? 

Tapi lama-kelamaan perasaan itu hilang. Pandai2 la pujuk hati ini kerana apa yang baik kepada kita tak semestinya baik kepada Allah dan apa yang buruk di mata kita tak semestinya buruk di mata Allah s.w.t. Mungkin ada rahmat dan rahsiaNya di sebalik qada dan qadar ini. 

Entah macamana la pada satu malam seminggu yang lalu Abam Kie bermimpi tetiba ada orang miskin menyerahkan bayi lelaki mereka yang baru dilahirkan. Semuanya seperti satu kejutan kerana seperti impian menjadi nyata. Comel pulak budak itu dan kedua ibubapanya tak meminta apa2 cuma mahukan abam kie membesarkan anak mereka seperti anak abam kie sendiri kerana mereka tak mampu membesarkannya. Lalu bayi itu abam kie jaga dengan sepenuh hati. Anak2 abam kie pun sukakan budak itu.

Namun tak lama kemudian abam kie pun terjaga kerana terdengar laungan azan subuh. OMG! Itu cuma mainan tidur, bukannya betul-betul. Tak apalah, abam kie redha aje dgn takdir ini. In Sha Allah nanti akan dapatlah menantu untuk kelima2 anak perempuan abam kie nanti. Terima kasih kerana sudi membaca rintihan rasa Abam Kie kali ini. Assalamualaikum.....

13 Comments

  1. anak-anak perempuan pon ada rezeki masing-masing abg kie. InsyaAllah semua cucu abg kie nanti lelaki

    ReplyDelete
  2. InshaAllah nanti ada rezeki lima menantu lelaki. Tak mustahil cucu Cikgu AK pun ramai lelaki juga.

    ReplyDelete
  3. syukur & redho dgn takdir Allah...InshaaAllah, semoga cucu2 nanti ramai dari kaum Adam...amiin..

    ReplyDelete
  4. rabia pun anak angkat tau. alhamdulillah. kedua2 keluarga kandung dan keluarga angkat rabia baik.

    ReplyDelete
  5. Kena redha. Hehe rupanya ada5 orang anak perempuan. Tanggungjawab berat itu.

    ReplyDelete
  6. Insyallah ada tu nanti rzeki abg kie dapat anak lelaki...
    saya pun terigin nak amek anak angkat tp dgr prosedur cam ssh je hehe

    ReplyDelete
  7. In shaa Allah, kalau ada rezeki, Allah bagi anak lelaki. Apa apa punn alhamdulillah dengan kurniaan 5 orang puteri. Mana tahu, nanti cucu cucu abam kie semuanya lelaki hehehe.

    ReplyDelete
  8. Bersyukur seadanya, Allah tahu yang terbaik... Ada orang sampai takda anak.. lagi sedih...

    ReplyDelete
  9. mungkin itu petanda cikgu utk ambil :)

    ReplyDelete
  10. insyaaAllah tanda nk dpt rezki xterduga tu

    ReplyDelete
  11. abam.. mimpi org bagi budak ni bahaya abam.. pls take care ye..
    mama ni adik beradik 6 org semua perempuan best sgt tau

    ReplyDelete
  12. kalau mimpi ada org bagi budak sebolehnya jgn ambil

    ReplyDelete
  13. Tak ada rezeki anak lelaki kita ini abam kie.. Menantu lelaki InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.