Assalamualaikum. Setiap orang pastinya akan ada satu akaun simpanan bank kan? Jika tak ada, macamana la nak terima duit bantuan BSH, i-Sinar, BPN dan yang sewaktu dengannya, kan? Biasanya paling tidak golongan B40 boleh buka akaun GIRO di BSN dengan deposit awal RM20 sahaja. Jika bank lain mungkin mencecah RM250. Tapi abe kie pernah jumpa tukang rumah yang baiki siling bocor tahun lepas tiada akaun simpanan. Jadi abe kie transfer duit upah ke akaun isterinya. Pelik tul. 

OKlah, pada hari ini abe kie ingin bercerita tentang hibah akaun simpanan yang amat rendah. Kadang2 tu tak sampai 1% setahun! Oleh yang demikian, tidak digalakkan menabung di bank. Buatlah duit gaji yang masuk ke dalam bank tu sebagai air lalu atau persinggahan semata-mata. Jika nak menabung dan melabur baiklah simpan di ASB, TH, SSPN, akaun simpanan tetap, emas, unit saham amanah dan sebagainya. Lagi berbaloi!

Contohnya boleh tengok penyata akaun simpanan asas-i CIMB Abe Kie di atas tu. Tu akaun gaji. Tapi tengoklah. Pada akhir bulan cuma boleh 83 sen je. Kedekut betul si sotong kurita nih! 

Yang si rimau ni lagi kedekut seperti Hj Bakhil. Dah la bagi hibah 2X setahun je iaitu pada 30 Jun dan 31 Dis, tapi yang diberikan pulak amat ciput!31 sen je untuk tempoh setengah tahun! Terima je la sebab Maybank ni amat popular dan ramai orang guna. 

Akhir kata, cukuplah ada satu akaun bank yang aktif kerana hibah daripada simpanan akaun simpanan memang langsung tak berbaloi. Terima kasih.