1. Jangan pandang rendah atau mengambil kesempatan terhadap orang lain yang kurang dari segi fizikal dan mentalnya kerana mereka juga perlukan layanan, kasih sayang dan perhatian yang sama daripada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

2. Semua orang boleh berjaya walaupun pada anggapan mata kasar kita mereka mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan. Yang penting, jika mereka diberi peluang semangat dan bimbingan yang betul. Mereka juga boleh berjaya sebagaimana orang lain berjaya.

3. Tidak salah menjadi miskin kerana tiada siapa pun yang mahu menjadi miskin tetapi yang salahnya adalah malas berusaha dan hanya mengharapkan bantuan orang lain semata-mata. Walhal Alah telah mengurnaikan kesihatan yang baik, tubuh badan yang sempurna dan peluang yang banyak disekeliling mereka. Selagi ada kudrat boleh keluar bekerja tidak hanya menanti bantuan

4. Budaya dan adab resam yang sepatutnya dalam urusan perkahwinan harus ditinggalkan. Antaranya membuat kenduri besar-besaran sehingga menyusahkan diri sendiri. Selain itu semasa akad nikah tidak digalakkan bertanya soalan tidak sepatutnya, budaya membatalkan air sembahyang dan cara bergambar keterlaluan dikhalayak tetamu. Secara sinis dan spontan filem ini menegur secara halus tentang budaya-budaya tidak sepatutnya. 

5. Ramai yang beranggapan Bahasa Inggeris itu susah dikuasai. Filem ini menepis anggapan sedemikian. Hakikatnya ianya memerlukan minat untuk belajar. 

6. Ujian daripada Allah swt tidak mengenal siapa. Adakala kita mungkin tersilap langkah dalam membuat keputusan.

7. Peranan kawan-kawan sekeliling yang baik dan ikhlas berkawan yang boleh membawa kita kembali ke jalan yang betul dan mampu memberi semangat untuk terus hadapi ujian hidup dengan yakin.

8. Buanglah sifat dengki dalam diri. Jangan terlalu mengikut kepuasan hati.

9. Belajar bersyukur dan menghargai pasangan yang sanggup susah senang bersama dan juga menerima kelemahan diri kita.

10. Setiap manusia diciptakan mempunyai perasaan.

Serius dalam tak sedar Abe Kie mengeluarkan air mata apabila movie hampir tamat. Jika ditanya siapakah pelakon paling Abe Kie suka dalam Mael Totey ini pastinya pilihan Abe Kie adalah watak Teacher, selain cantik Teacher juga tidak kekok berlakon. Pendek kata korang tak akan menyesal menonton filem sulung Syahmi Sazli ini yang jalan cerita dekat dengan masyarakat marhain, jauh daripada golongan kayangan. Lawak spontan pun dapat menghiburkan hati dan sesuai ditonton bersama keluarga.