Seloka untuk yang bergelar pelajar sekolah semasa PKPB.....

Pkpb disambung lagi
Pelajar tingkatan 5 susah hati
X tahu apa akan terjadi
Tentang SPM yang akan mereka jalani,
Di waktu wabak covid -19 ini..

Usah sedih dalam hati,
Yang pasti kena sentiasa ulangkaji,
Semua bab yang cikgu bagi,
Sampai bila pun x akan rugi,
Kalau ilmu sentiasa dikemaskini...
walau bilapun SPM ditempuhi...
Segalanya telah tersedia rapi..

Ada pelajar gembira dihati,
Duduk rumah goyang kaki,
X perlu jumpa cikgu setiap hari,
Boleh pulak tidur mati,
Lepas main games 14 jam sehari...
Pelajar macam ni sangat rugi,
Masa yg berlalu x akan kembali,
Kalau hari2 macam ini,
Ibarat tin kosong yang tak terisi...

Ada pula tak suka belajar dan ulangkaji,
Tapi nak pergi sekolah setiap hari,
Bukan nak belajar atau berkongsi,
Apa yang cikgu cakap dan ajari,
Tapi nak jumpa kawan atau kekasih hati...
Sekarang kena PKPB,
Dok rumah pendam rindu dihati,
Berbalas whatsapp silih berganti...

Cikgu cikgu tak lupa Pdpc,
Kelas online pengganti diri,
Walau dirumah banyak kerja lain lagi,
Tapi naluri dan kerja hakiki,
Perlu sentiasa dikemaskini,
Ada pelajar yang cuba lari,
Tutup telefon buang bateri,
Tak der internet topup lupa nak beli,
Games online boleh pula sertai....

Ada murid setia menanti,
Cikgu buat kelas online hari-hari,
Minta bahan kalau pun tak diberi,
Tanya soalan kalau tidak fahami,
Cikgu akan ulang dan ulang lagi,
Tidak hanya senyap menyepi...

Sekarang norma baharu perlu jalani,
Duk rumah pun kena ikut SOP,
Jangan keluar sesuka hati,
Atau nak melepak sana sini,
Siapa bawa virus tidak kita ketahui,
Oleh itu kena sentiasa berhati-hati,
Dok rumah jer diam diri,
Baik tolong mak ayah buat itu ini,
Sekurangnya boleh belajar berdikari...
Diri sendiri yang untung nanti...

Patuhi arahan MKN yang terkini,
Tempat sesak dan sempit perlu jauhi,
Jaga jarak fizikal setiap aktiviti,
jaga juga kebersihan diri,
Guna hand sanitizer sebagai pembasmi...
Pakai pelitup muka setiap kali,
Jika keluar membeli,
Takut kena saman nanti...

Wahai pelajar yang dikasihi,
Sila jaga diri sendiri,
Kalau bukan kita siapa lagi,
Sama2 putuskan rantaian covid-19 ini,
Dapatlah kita bertemu lagi...

Sekian ...